Tengah2 sibut buat literature review pagi ni, aku menerima email ini dari seorang kawan sepengajian tentang..........(aku cupis ajelah)
Kita seringkali menghukum mereka yang berada didalam "zaman kegelapan" seolah-olah "tidak ada lagi harapan" untuk berubah. Kadangkala setiap kali kita melintasi mereka, berbagai kata-kata, sumpahan, hinaan dan kejian yang kita lontarkan kepada mereka. "Kompom masuk neraka nih!""Macam **al, dia ingat dia bagus ke? "Tetapi kadang-kadang kita terlupa, sebenarnya kita sendiri pernah melalui "zaman kegelapan" yang tersendiri. Ada yang pernah melalui zaman yenkees, zaman hippies, zaman pop yeh-yeh, zaman rock kapak, zaman kaki judi, zaman kaki botol, zaman kaki perempuan dan zaman-zaman yang pastinya bukannya mengikut acuan Islam. Tetapi setelah kita berubah, Insaf, Bertaubat kita melihat dan menghukum orang lain (mereka yang sedang dalam zaman kegelapan) seolah-olah kita ni tak pernah buat salah, tak pernah melalui zaman-zaman kegelapan. Jangan lupa, sebenarnya kita belum lagi di uji dengan sebenar-benar ujian. Entah kalau kita diuji sedemikian, bahkan mungkin kita lagi teruk dari apa yang kita perkatakan."Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)" Al-Ankabut:2Sepatutnya, kita hanya membenci perbuatan seseorang tersebut tetapi bukan orangnya. Kerana siapa tahu, suatu hari nanti dia berubah, boleh jadi dia lebih baik, lebih alim, lebih soleh/solehah daripada anda? Pasti saja boleh berlaku. Ana percaya ramai pernah dengar mengenai cerita artis berubahkan? Yang dahulunya.. isk isk isk .. payah nak cerita.. tetapi sekarang? Antaranya;
Akil Hayy (ex-Vocalist The Riyadh )
Dulu penyayi Rock, Sekarang Penyayi Nasyid dan Pendakwah Bebas
Dulu penyayi Rock, Sekarang Penyayi Nasyid dan Pendakwah Bebas
Azmil Mustafa (Ali Setan)
Dulu pelakon, jadi Pendakwah Bebas, dah arwah pun
Dulu pelakon, jadi Pendakwah Bebas, dah arwah pun
Mel (ex-Vocalist Wings)Dulu penyayi rock, sekarang penyanyi Nasyid
Sani (Ex-Vocalist W.A.R & The Bondage)
Dulu penyayi kumpulan Punk & Skinhead,
Dulu penyayi kumpulan Punk & Skinhead,
Sekarang pendakwah bebas
Wilma (Model dan Pelakon)Dulu model Seksi, Sekarang bertudung labuh
dan ramai lagi kalau nak sebut mcm Noor Kumalasari, Wardina, Lan A to Z dan sebagainya. Oleh yang demikian tidak mustahil seseorang itu boleh berubah menjadi lebih baik. Seharusnya setiap kali kita jumpa mereka-mereka yang sedang hayut dalam zaman kegelapan tersebut.. kita tegur-tegurlah secara elok-elok… tunjukkan akhlak Islam seperti mana akhlak Nabi Muhammad S.A.W. Jangan sisihkan mereka apatah lagi membuang mereka dari senarai kawan kita.
Terdapat banyak riwayat mengisahkan mengenai mereka yang memeluk Islam, akibat terpesona dengan akhlak Nabi Muhammad saw terhadap mereka.. tetapi kita? berapa ramai yang jauh daripada Islam akibat perangai dan akhlak kita terhadap mereka. Dan yang terakhir jangan lupa berdoa untuk mereka agar berubah dan terus istiqamah dalam Islam dan jangan lupa doakan juga untuk diri kita nih.. walaupun ada di antara kita nih tak pernah melalui sejarah hitam, tetapi apa-apa sahaja boleh berlaku dengan kehendak Allah. Nabi Muhammad saw selalu berdoa yang bermaksud;"Wahai Dzat yang Membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu" (Sahih, Riwayat al-Tirmizi).
Sesungguhnya Allah itu mampu membolak balikkan hati hambaNya. Daripada buruk menjadi baik atau daripada baik kepada buruk atau dari buruk kepada baik kemudian kembali menjadi buruk.dan kepada mereka yang mempunyai keinginan untuk berubah, berusahalah, jangan putus asa.. walaupun berat, sukar.. tekadkan azam. InsyaAllah.. Allah akan bantu anda! "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)" Al – Imran Ayat :200
1 comment:
selagi Tuhan memberi petunjuk pada kita, selagi itulah, berbuatlah sebanyak mungkin kebaikan.
Yg baik, tk semestinya terus jadi baik...godaan syaitan dan hawa nafsu terlalu banyak.
Yang berbuat dosa, tk semestinya akan terus berada di lembah dosa itu. Sebab tu, acik salu panjatkan doa, mudah2an, mati dalam taubat dan petunjuk Allah...
Ingat selalu, Taufiq dan hidayah (TH)itu dari Tuhan jua...berusahalah kita ke arah kebaikan, jauhkan kejahatan dan mohon kan TH agar sentiasa bersama kita.
Takut, tika mula rasa diri baik, dan melihat org lain tidak sebaik kita...maka akan tegolong kita dalam golongan orang yang riak...ujub, dan takabbur.
Acik cuba latih diri..bila nampak org yg lalai..berbuat dosa...acik katakan pada diri, mudah2an, Tuhan jauhkan aku dari melakukan perkara dosa itu...Moga Tuhan bagi petunjuk pada mereka yang lalai itu...apalagi yg mampu insan selemah acik lakukan....selain dari mendoakan diri sendiri dan mereka itu...mungkin mereka banyak berbuat dosa...tapi apa mungkinkah dosa aku lebih banyak dari mereka itu??? apakah aku mengetahuinya??? Seperti mana Tuhan Yang Maha Mengetahui???
hmm..muhasabah petang. Tq k.long. secara tk langsung...N3 ini mengetuk hati...
Post a Comment