Saya agak prejudis terhadap lelaki. Banyak juga pengalaman pahit dengan lelaki. Semakin dewasa semakin banyak pula kisah mengenai lelaki yang saya tidak setuju. Namun tidak dinafikan, saya perlukan lelaki dalam hidup saya. Saya ada ayah dan ada suami yang bergelar lelaki. Malah, saya mendambakan seorang zuriat lelaki sebagai pelengkap keluarga.Naluri wanita saya semakin tersentuh dengan kisah-kisah yang berlaku ke atas beberapa wanita. Puncanya lelaki. Mengapa lelaki begitu? Bukankah si lelaki diciptakan untuk saling lengkap melengkapi dengan si wanita? Hidup ini tidak mungkin berasa indah tanpa lelaki. Tidak akan adanya kita hari ini tanpa hadirnya seorang lelaki.Apa kisahnya?Bukan hendak memburukkan sesiapa, tetapi eloklah jadikan segalanya sebagai pengajaran dan teladan untuk generasi akan datang. Apabila memasuki alam dewasa, setiap lelaki mestilah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menjadi pemimpin. Tidak kira di tahap mana dia berada, sifat pemimpin perlu ada dalam diri setiap lelaki. Ibu bapa harus memainkan peranan membimbing anak lelaki mereka menjadi insan berakhlak mulia. Ibu bapa lah sebagai contoh kepada anak-anak. Jika ibu bapa memainkan peranan dengan betul dan wajar, pastinya anak pun akan mewarisi sikap yang baik.Lelaki memang dilahirkan sebagai pemimpin. Apalagi apabila lelaki telah membuat keputusan untuk berkahwin, automatiklah dia akan menjadi pemimpin kepada keluarganya. Namun adakah si lelaki sedar akan tanggungjawab yang dipikulnya sebagai seorang pemimpin? Adakah sebagai pemimpin, tugasnya hanya duduk dan menunggu dilayan oleh si wanita?Hidup tidak semudah yang disangka. Ramai lelaki beranggapan bahawa, apabila berkahwin, hidupnya akan dilayan dan keperluannya akan dipenuhi oleh si wanita. Hinggakan ianya menjadi parah, apabila si lelaki menjadi pemalas dan tidak bekerja. Kononnya hendak mencari pekerjaan yang sesuai dan lebih lumayan. Padahal, dia hanya mengharapkan pekerjaan yang mudah dan senang. Semuanya nak ambil mudah sampai lupa kepada tanggungjawab untuk memenuhi keperluan keluarga. Apabila terlalu memilih dan teragak-agak membuat keputusan, akhirnya lama pula terpaksa menganggur dan tidak bekerja. Sementara itu, hutang semakin bertimbun. Mujurlah si wanita bekerja, dapatlah membantu menanggung keperluan rumahtangga. Namun, berapa lama semua itu harus bertahan? Berapa lama harus menanggung biawak hidup? Adakah si lelaki serius untuk memperbaiki taraf hidup atau hanya berangan-angan kosong?Bagi wanita, pada tahap permulaan memang pengorbanan yang diberikan adalah setulus hati. Tetapi tahap kesabaran manusia ada batasnya. Pada satu tahap, wanita tidak mungkin dapat bertahan lagi untuk terus berkorban. Bukankah pengorbanan itu harus dilakukan bersama bagi membentuk rumahtangga yang harmoni? Bak kata orang Inggeris : 'Give and Take'. Tapi kalau asyik give saja dan si lelaki asyik take saja tiada pula sudahnya.Lumrah kaum wanita, apabila sudah letih dengan segala kebaikan dan pengorbanan yang berat sebelah, segala keperitan tidak dapat dikongsi lagi. Cuba bayangkan, jika si lelaki tidak bekerja, malas pula hendak membantu melakukan kerja rumah. Semuanya terbeban di bahu wanita. Keluar di waktu subuh untuk pergi bekerja menaiki bas selama 2 jam perjalanan. Balik ke rumah waktu sudah menghampiri malam, kena pula siapkan makan minum dan mengemas rumah yang diselerakkan lelaki. Sungguh memenatkan.Apabila penat, wanita akan cenderung untuk berleter dan mengungkit segala pengorbanan yang telah dilakukannya. Ketika ini bimbang pula si wanita mencerca dan menghina si lelaki. Bukankah tidak elok begitu? Tetapi siapa harus dipersalahkan?Ada pula satu kisah di mana di lelaki ini suka menipu. Pandai berpura-pura pula mengada-adakan cerita apabila tembelangnya telah diketahui. Bodohnya si wanita, terlalu bergantung kepada si lelaki. Apa saja bayaran, semua harapkan si lelaki yang bayar. Sedangkan si lelaki bukanlah seorang yang jujur. Setiap wang yang dihulur untuk menjelaskan hutang, digunakan dulu untuk kepentingan lain yang tidak berapa penting. Mendengar kisah ini amat menyakitkan hati. Lebih teruk lagi, pada satu tahap, si lelaki 'mengambil' duit si wanita yang disimpan di dalam beg. Pantang ada duit, habis dikebasnya. Kemudian buat-buat tak tahu pula. Kalau saya pun, tidak mungkin ada kepercayaan lagi kepada si lelaki.Namun di sebalik semua itu, ke manakah hilangnya harga diri si lelaki? Mengapa begitu teruk sekali sikap lelaki pada zaman ini. Malas bekerja, tidak jujur dan tidak berjaya dalam hidupnya sendiri.Cuba lihat di warung-warung. Dari pagi hingga ke malam hari, siapakah yang paling ramai menjadi pelanggan? Bukankah lelaki? Buat apa? Minum air hanya segelas, duduknya hingga ke petang sambil berbual kosong dan memerhati orang yang lalu lalang. Di mana lagi lelaki? Kalau ada pun di pejabat? Apa jawatannya? Adakah dia melaksanakan kerja dan tugasnya secekap wanita? Atau lebih banyak menghisap rokok dari bekerja?Cuba lihat di pasaraya. Siapa yang beratur di kaunter untuk membayar? Di mana lelaki? Hanya melihat dari jauh.Cuba lihat di pondok bas atau perhentian bas, siapa yang ramai? Wanita. Kerana merekalah yang mewarnai kehidupan dan meningkatkan ekonomi negara ini.Bagaimana dengan lelaki? Sukar untuk mencari lelaki yang berkualiti di zaman ini. Lihat saja luarannya, nampak macam bergaya, rupa-rupanya tidak bekerja. Nampak macam pemurah, rupanya penyangak. Oh lelaki, berubahlah demi kebaikan generasi akan datang.
Ini belum lagi nak bercerita tentang lelaki yang kaki perempuan. Suka benar bermain cinta dengan ramai wanita. Tidak salah untuk berpoligami jika benar-benar layak dari segi harta dan iman. Tapi kebanyakkan lelaki, bab poligami je pandai. Soal iman dan kemampuan tidak pula pandai. Bil elektrik pun tak mampu bayar ada hati nak berbini dua.
Lain pula cerita bagi lelaki yang suka memukul. Dahlah pemalas, suka memukul wanita pula. Tak sedar diri di wanita yang menanggung hidupnya, ditambah pula beban wanita dengan kesakitan.
Saya percaya kepada hukum karma kehidupan, setiap perbuatan ada balasannya. Perkara baik akan dibalas baik. Perkara jahat akan dibalas jahat.
Berhati-hati lah dengan cabaran dunia.
Ini belum lagi nak bercerita tentang lelaki yang kaki perempuan. Suka benar bermain cinta dengan ramai wanita. Tidak salah untuk berpoligami jika benar-benar layak dari segi harta dan iman. Tapi kebanyakkan lelaki, bab poligami je pandai. Soal iman dan kemampuan tidak pula pandai. Bil elektrik pun tak mampu bayar ada hati nak berbini dua.
Lain pula cerita bagi lelaki yang suka memukul. Dahlah pemalas, suka memukul wanita pula. Tak sedar diri di wanita yang menanggung hidupnya, ditambah pula beban wanita dengan kesakitan.
Saya percaya kepada hukum karma kehidupan, setiap perbuatan ada balasannya. Perkara baik akan dibalas baik. Perkara jahat akan dibalas jahat.
Berhati-hati lah dengan cabaran dunia.
Dipetik dari my bestfren 3 : saruza.blogspot.com
4 comments:
kesal dgn sikap lelaki yang mengambil kesempatan dik kelemahan perempuan.
Salam k long,
ini cerita benar,
ada seorang isteri dipukul hari2 oleh si suami. Setiap kali dipukul dia membaca surah yassin. Dia mengadu kepada Ilahi.
Perkahwinannya tidak lama, suami itu mati dlm kemalangan.
Si isteri dinikahi sekali lagi oleh seorang lelaki yang sungguh menyayanginya.
Allah, Maha adil. Kita minta tolong, Dia tidak mungkir janji.
Thank you, jika sudi membeli buku itu.
sukar menyulami hati lelaki...tersirat dan membelit
kalau akal di ajak bernakal...susah jadinya
Post a Comment