Thursday, October 9, 2008

Kisah adik-adik

Lame aku tak bercerita tentang adik-adik aku. Tentang nafas aku. Tentang nyawa aku. Tentang orang-orang yang menjadi sebab kenapa aku mampu bertahan sehingga kini, dan mencapai tahap ini.
Raya tahun ini, adik adik aku sudah besar. Hehehe. Kalau dulu-dulu aku sorang bertungkus-lumus membantu emak kat dapur dan mengemas rumah tapi kini aku ada 3 anak dara yang ringan tulang membantu. Kak cik pun semacam sudah ada anjakan paradigma. Cayalah.
Aku ingat lagi masa majlis kawen adik lelaki (no 3) last may. Na cakap kat aku, kak long jangan penin2, rumah ni ada ramai anak pompuan. Ok le tu!
Adik aku na, tak balik beraya sebab dia pilih kerjaya reporter. Aku dah pesan dulu2 masa dia dapat offer dua kerja serentak (murah rezeki mak ayah aku). Nak jadi Corporate Comm Exec ke jadi reporter. Dia kata nak jadi reporter jugak, reporter jugak. Nah amik ngkau.....Mak aku semacam patah tangan le sebab tukang masak semi pro dia tak balik raya. Aku plak macam biasa raya rumah mertua dulu. Mane nak nolongnyer....nasib ada dua adik pompuan lagi + sorang adik ipar yang balik beraya di kampung. Dan yes, ada sorang anak teruna tukang pi kedai. Sat-sat kena panggil soh pegi kedai beli itu, beli ini. Doranglah yang menolong emak menyiapkan rendang kerang, kari ayam dan rendang daging sementara mak sibuk menyiapkan jahitan baju orang last2 minute.
Apdet story, adik bongsu la ni kat Seratas, tingkatan 4, yang no 7 dan no 6 ada kat Uitm Arau. . Dan yang no 5...dah jadi reporter sejak Mei lepas. Alhamdulillah......
Adik aku yang no 4, la ni ada kat Fuji. Dekat2 gunung Fuji nun.....Sehari sebelum raya dia berangkat ke Jepun, kena posting kat HQ setahun jer. Dia lapor diri hari pertama kita semua umat Islam mula berpuasa di sini. Malam raya aku tepon tanya buat apa, dia kata buat rendang dan lemang (segera) yang dia bawak dari Mesia. Raya kedua aku tepon tanya sambut raya tak? Dia kata tak, pi keja macam biasa. Lemang dan rendang segera yang dia buat tak sedap. kesian....dan kebetulan kat kawasan tempat tinggal dia takde orang Mesia. Daerah tu kira pinggir bandarlah. Hanya ada dua orang Malaysia yang bekerja kat company tu (sorang lagi budak pompuan) Sama batch kat AAJ UM dulu tapi tak belajar uni yang sama. So, tiada hari raya untuk adik aku sorang itu tahun ini. Dan ntah dah berapa tahun agaknya kami tak beraya sekeluarga. Sejak dia mula2 belajar sampaila balik Mesia last April dan mula bekerja kat Kulim. Alih-alih sebelum raya kena posting balik ke sana la plak. Apa pun aku gembira adik aku sorang ni sedang berjaya. Alhamdulillah....
Satu hari tu aku sembang2 dengan bini adik aku yang no. 2 (adik ipar) dia kata adik aku kabo kat dia, dolu2 masa kami kecik, rumah kami sunyi sepi. Raya pon tak de orang datang. Adik-beradik mak aku tak penah datang nengok kakak dorang yang membesarkan dorang ni ha. Kami pulak masa kecik dulu tak de orang nak amik sebab budak comot, kotor, sape pun tak nak (wah, ropenya adik aku pun ada memendam rasa selama nih). Rumah buruk kalu pijak lantai bunyi keriut keriut gaya nak roboh, sapa nak mai......Tapi sekarang tengoklah.....penuh rumah ni dengan pak menakan mak menakan......sepupu sepapat, kenapa eh??? Dalam hati aku berfikir dua sebab, satu fikir negatif, ala dolu2 kami tak berguna....tapi sekarang banyak gunanya. Nak mintak tolong itu ini, jamin itu ini, rekomen itu ini. Aku kan taraf VIP....(cesss mula nak riak nampak......astaghfirullah) Oklah, fikir positif, yela dolu2 pak2 menakan, mak2 menakan muda2 lagi, akai kurang mana nak ingat kakak dorang yang berenti sekolah sebab dorang nih....lagi pon dulu tak de kereta....masing2 ada motor je, tak pon naik beskal....camna nak mai rumah kami??? Bila dorang dah berkeluarga, beranak pinak baru pandai fikir betapa pentingnya semangat kekeluargaan. Tak apalah....adik aku pun dah jauh mendaki tangga kejayaan. Dari budak hingusan yang pakai seluar sekolah naik beskal ke sana ke mari, by end Oktober ni dia akan mula memandu pesawai sukhoi pulak. Pasti ayah dan mak sangat bangga........aku tau.
Adik aku no. 3, pada aku dia sorang yang agak keciciran. Itu ujian untuk mak dan ayah, dan aku jugak. Tapi yang aku bangga dia boleh survive tanpa menyusahkan kami. Cumanya masa dia kawen dulu aku dan bangahnyer banyaklah membantu. Kata mak kami semua adik beradik merasa duit pergi belajar tinggi-tinggi, dia plak tak merasa sebab muda2 dah berdikari. Jadi nila masa dia nak merasa duit kami. Oklah. Tak pelah, ini bahagian dia. Adik aku sorang ni sekarang bekerja sebagai staff di hotel 5 bintang, kerja sambilan bermain muzik di lounge2 dan juga atas jemputan. Alhamdulillah.....ada juga rezeki dia.
Aku. Pada dasarnya aku sudah berjaya. Dan aku sudah menatang bahagia. Tapi apa yang aku dapat hari ni sangat mahal harganya dan terlalu banyak pengorbanannya. Mudah-mudahan aku tidak keciciran lagi, mudah-mudahan aku kuat menangkis ujian Allah selepas ini. Jalan sudah ada tinggal aku yang memilihnya. Alhamdulillah. Ok cukup la tu, inikan entry pasal adik-adik aku, bukan pasal aku.

6 comments:

Ungku Nor said...

terasa hilang penat membesarkan dorang kan?

Akak said...

Salam Kak Long...

Selamat Hari Raya, mohon maaf zahir & batin andai ada salah dan silap, ataupun kekasaran sewaktu meninggalkan komen kat sini...

Tentu Kak Long (sebagai anak yg sulung) bahagia dapat melihat kejayaan adik2 dalam menepuh kehidupan merekakan..berbaloi pengorbanan seorang kakak..

Kak Long said...

kakungku > penat tak abis lagi...perjuangan belum selesai

akak > terima kasih masih sudi jengah rumah saya.

fusarium solani said...

Kakak saya yang sulung pun berkorban untuk kami berlima, ayah selalu pesan agar rezeki yang kami peroleh supaya hulur-hulur pada Kak Long yang susah kini kerana anak-anaknya ramai, tidak bekerja. Walhal dulu Kak Long saya seorang yang bijak juga....

iina said...

Setiap kejayaan mesti melalui kepayahan kan.. alhamdullilah rezeki masing-masing.. haluan masing-masing kak long.. ;)

Kak Long said...

alif > jgn lupa pada kak long....sebab hari ni kita tolong dia kot2 esok dah tua2 anak2 dia pulak tolong kita. ye tak?

kak ina > rezeki datang macam2 cara...