I felt guilty.
Semalam aku balik lewat. Dalam perjalanan aku senyum sepanjang jalan. Aku rasa cool. Kenapa ye? Perasaan aku pada masa tu cukup santai, bahagia barangkali. Aku rasa bersalah kerana aku tidak rasa bersalah.
Kanda masak untuk aku. Bila aku sampai rumah semua dah terhidang. Once in a blue moon! Okeylah...lauk-pauk kegemaran dia. Tapi sebab dia tau aku tak makan nasi malam maka dia tapaukan mihun tomyam kat aku. Tapi aku jamah juga nasi tu sikit. Bolehlah...not bad. Hehe, ada telur dadar, sardin masak lemak taruk kentang, sawi goreng berair dan ulam timun. Tak patut aku biar dia masak untuk aku. Tapi tak apalah, aku tak suruh, dia yang nak buat surprise kononnya. Thanks abang! Guiltynya aku rasa kat dia.
Malamnya aku layan cite korea lagi. Cite yang sama aku ulang part2 yang best, haishhh. Sebenornya memang syok nengok si Dennis Joseph O'neil senyum. Nak tengok banyak2 kali. Aku rasa bagus juga bila aku dah mula menahan mata tidur lewat. Because I need that as my new routine gitu. Tahan mata. So sejak hari ahad haritu aku tido jam 1 - 2 pagi. Ni kira insaf sikit. Kalau tak dulu aku tak tido langsung sampai azan subuh berkumandang! To be frank aku selama ni mana nak tido lewat. Kadang jam 10 atau 11 mlm dah tido. Aku bukan student yang rajin study atau stay back buat assignment memalam buta ke subuh. not me ok! But aku perlulah buat cam tu sekarang ni sebab aku banyak tunggakan assignment dan kalau boleh aku nak proposal aku lancarrrr jer sem ni. So sem depan terus buat jer. Insyaallah. Tima kasih kengkawan yang beri sokongan. Terutama untuk ms sebab tak henti2 soh aku buat assignment. Yelah awak, saya nak buatlah ni. Memang rasa guilty.
Anyway....patut ke aku tulis ni. Sape tahu tu tahulah. Let say sekiranya kita cuba lari menjauh dengan membawa rasa benci, atau cuba lari menjauh dengan membawa rasa sayang yang berkekalan. Manakah lebih baik? Sebab bila kita cuba menjauh, tapi masih sayang, ianya agak sukarkan? Kalau kita benci lebih mudahkan? Patutkah begitu???
Dan aku mendapati kebencian yang aku cuba bina sebagai tembok pemisah semakin menyedarkan aku tentang satu perkara. Kita patut mengasihi semua orang dan tak patut membenci sesiapa meskipun orang itu yang sedang kita cuba jauhi. Bak kata akak aku sorang ni, tak kira betapa banyak kekurangan seseorang, tuhan juga ada mengurniakan dia keistimewaan. Kita semua istimewa dalam lingkungan masing-masing. Aku istimewa, dia istimewa, kalian juga istimewa. Jadi menjauhlah dengan rasional. Jangan ada benci.
Semakin aku mengenali seseorang itu, semakin aku mendapati banyak kelemahannya, semakin aku rasa dia istimewa. Maksud aku sebenarnya it's good to know someone yang ada karakter berbunga-bunga (colourful). Tak adilkan kalau kita melihat kekurangan mengatasi kelebihan? Patut ke rasa guilty sebab tak jadi nak benci orang?
Nota : Terima kasih sebab cakap kaklong menawan (weh susah nak dengar, malah tak de orang penah cakap depan2 gitu) Hm....nice kalau ada orang boleh cakap baik2 dengan kita. Kita akan rasa nice jugak. Terkenang-kenang gitu. Patut ke rasa guilty sebab suke orang kata kita menawan?