Tuesday, June 10, 2008

Wedding 2008 dan Cerita Kanda

Sebelum tu.............


Aku tak nafikanlah blog aku (rumah lama) agak ekslusif. Satu, aku tulis blog tak kecoh2. Dua, aku tak exposed diri aku di khalayak penulis blog. Tiga, aku menulis untuk diri aku, tak de oerang baca pon tak pe, sebab aku lagi segan kalau orang kenal siapa aku. Kalau boleh jangan orang tahulah sape kak long nih. Aku tulis, posting, dan aku baca sendiri. Kalau secara kebetulan ada orang singgah kat blog aku dan kemudian jadi kawan aku, mereka juga kiranya adalah orang-orang yang kemudiannya aku letakkan sebagai kawan-kawan yangt ekslusif.


Tapi sejak kebelakangan ini, keyakinan aku meningkat. Mungkin sebab sokongan kawan-kawan kot. Apa nak malu dengan sejarah sendiri. Kita patut menghargai diri kita terlebih dahulu, baru orang lain akan menghargai kitakan? Bukan nak tunjuk bagus, atau terror or what so ever. Ini blog aku, suka hati aku nak tulis apa pon, janji aku tak kacau orang.


Bila ada pihak bijak pandai menyarankan supaya satu format ditetapkan untuk menulis blog, aku memang tak setuju. Sebab aku tau...........blog aku penoh dengan spelling error dan grammatical error. Merata-rata. Sungguh pun aku pencinta buku tapi aku tak fikir pon nak jadi penulis profesional. So, biarlah kak long dengan formatnya sendiri.


Ok ni cerita Wedding 2008,

Simple tapi meriah. Aku balik kampung pada 5hb Jun selepas maghrib, bertolak dari KL. Sampai Kuala Kurau dah jam 12.30 am. Hari Khamis tu sempat aku lari kejap ke Sg Dua Penang dengan adik aku kerana personal agenda. Dan sudah pastinya, kami tak ketinggalan menikmati mee udang Sg. Dua yg fofular tuh......


Tapi yang bestnya masa sehari sebelum kenduri tu, adik aku dah pesan. Kak Long jangan risau dan pening-pening. Kan dah ada ramai anak perempuan. Oh, yeke? Aku lupa lak yang aku ada 3 adik perempuan + 2 adik ipar perempuan. Itu tak termasuk 4 adik lelaki yang semuanya dah jadi orang "dewasa". Aku patut lepaskankan depa semua untuk handle dan aku jadi pemantau sudahla. Zaman kak long kelam kelibut nak buat itu ini patutnya dah berakhir. Ye tak? Seronokkan...........


Dan sehari sebelum kenduri tu juga kami meraikan kejayaan dua adik aku. Na dah dapat result dia dan confirm graduate la..... hehe. Dan adik lelaki aku sorang lagi tu, saja jer antar sms buat suspen konon fail 1 paper. Rupa2 dapat anugerah dekan. Alhamdulillah.


Cerita kanda,


Aku tak nafikan memang sukar untuk menyesuaikan diri bila kita dari latar belakang yang berbeza. Dia dah biasa dilayan bagai VIP. Datang bersambut, makan dilayan. Apa yang berlaku dibalik tabir majlis dia mana nak amik tau. Dia tahu, jadi jer semua. So macam tu juga kalau balik kampung aku. Dia akan jadi big boss dok kat depan dengan surat khabar sambil mengadap TV. Lepas tu pantang aku nak keluar ke pasar ke, ke mana ke memang dia nak mengekor sebab tak betah tinggal kat rumah parents aku tanpa aku.


Kali ni lain. Aku intai jer dari tingkap. Speechless aku dibuatnya dalam 4 hari ni. Betapa rajinnya kanda aku. Sibuk dia menolong menyusun meja kerusi kat bawah khemah. Beria-ia menolong mengelap meja2 sampai sikit habuk pun tak tertinggal. Bukan tu jer. Seriau aku nengok dia memanjat kerusi untuk membuang sawang-sawang kat beranda rumah......


Bukan tu ajer. Dia tak nak ikut aku keluar pun. Bila aku ke Penang, dua kali plak tu dengan adik aku. Dia tak nak ikut. Dia prefer tinggal kat rumah, tolong tokwan aku masak2. Bukan tu ajer, sempat pulak pergi menjala sorang-sorang kat tali air masa aku tak de tu. So malam tu dapatlah aku merasa ikan sepat goreng hasil jalaan kanda aku nih.Weh...adakah aku telah berjaya merakyatkan kanda aku sorang ni......

6 comments:

Anonymous said...

owhh akak telah memandang enteng pada kerajinan lelaki :p. itu normallah kak, even ady pun time perlu rajin je jadik rajin. eheheheh most of the time malash.

pehtuh apsal word verification nih makin panjang... huwaaaaaaa

ayobkelubi said...

kak long, teruskan saja menulis tu,ttg grammar bagai tu sebenarnya saya pun macam kak long gak masa mula2 tulis blog tapi initialy lama2 nanti kita akan improved dgn sendirinya..trust me!.

keep on writing yah?.

Kaktiny said...

kaklong..
utk yang sebelum.. yup setuju.. blog kita hak kita.. aku nak tulis dgn cara aku sendiri..
sapa nak singgah - singgah, sapa taknak sudah.. hahahha.. (yang peting aku ada ko.. hihihi..)

utk aktiviti gi sg. dua - bagusler ko pegi sana.. tapi HANGINnyer ko pegi makan mee udang.. aku baru cadang nak belanje ko makan bile nanti2 kita pegi sana lagik.. huhuhu.. takper.. nanti aku bawak ko kt pot lain plak.. yg spesel selain mee udang..

pasal kanda ko..
mak aii.. tak sangka aku D***' R*** R***** dpt 'menurunkan' takhtanya utk bergelumang dgn aktiviti rakyat - dia MENJALA?.. ko biar betul.. dia demam kot?.. hehehe..

tapi yang pasti - tahap keyakinan dan positivenya ko buat dia pun bertambah yakin dan lebih positif menerima cara ko..

GOOD.. 5 star for you..

Anonymous said...

ala..blasah jer gaya tulisan ape pun.setiap orang ada caranya tersendiri.unik tu yg membezakan antara bloggers yg lain.

Kak Long said...

ady, kaklong bukan pandang enteng kerajinan lelakilah....tp mmg ini special case hehe

ayob, malu gak nanti org kata tak tau bahasa...

tiny, wow 5 star tak layak aku

Kak Long said...

mr penyu, memang puas membelasah selama nih