Thursday, June 5, 2008

Ciktiny, Rebung dan Minyak

Hari ni aku memandu selama 20 minit sahaja untuk sampai ke pejabat. Jalan clear. Agaknya ramai yang tak larat bangun pagi ni sebab malam tadi sangkut dalam kesesakan akibat MINYAK NAIK HARGA. Aku telefon ciktiny tanya pukul berapa dia sampai rumah semalam. Pukul 2.00 pagi....


Aku sendiri semalam menempuh perjalanan 2 jam untuk sampai ke rumah. Keluar dari office jam 6 petang, jam 8.00 malam baru sampai. Itu pun terpaksa Q panjang semasa nak masuk ke kawasan perumahan Bandar Tasik Selatan sebab banyak sangat kereta menuju Shell kat situ.


Malam tadi, aku telefon ciktiny dengan rasa cemburu nak tau kenyang ker makan kat Rebung. Rupa-rupanya dia sangkut kat Jalan Tun Razak, depan IJN. Masa tu dah jam 10.30 mlm pukul berapa kau nak sampai Rebung ni?. Aku layan jela ciktiny meluahkan perasaan dia, apa ke bodo sangat depa semua ni!!!!!! macam la kalau isi minyak malam ni boleh isi satu lori!!!! Hehe, sabar....sabar....tu jela yang boleh aku tolong. Tolong dengar.


Kalau tak kerana meeting aku habis lambat semalam, barangkali yang tersangkut sampai jam 2.00 pagi itu adalah kami berdua. Kesian kawan aku nih...

2 comments:

Kaktiny said...

Mmg 'rezeki' hang baik sbb tak pi malam tadi.. aku dah 'senget' bahu belah kiri sbb malaikat 'Atid' dok catit dosa aku menyumpah.. kena buat solat taubat lah camnih.. nak bagi stabil balik..

Anonymous said...

hehe.. saya student lagi.. tengah praktikal di academic library. hehe saye pun gile buku juga. tapi tak kronik sangat.. muahahah suke bace blog akak