Masih blank. Demam pun tak kebah lagi. Rasanya hari ni paling teruk.
Tapi aku kerja macam tak de apa-apa berlaku. Hari ni semua urusan berkaitan seminar 12hb ni selesai. Kerana mengejar dateline aku sampai mengabaikan tubuh badan sendiri. Hati mengeluh jugalah.
What is life? Apa yang aku kejar sebenarnya? Takkan sampai umur 56 tahun aku nak mengadap tekanan serupa ini. Sampai bila aku sanggup? Habis? Nak duduk rumah goyang kaki? Bil-bil semua sapa nak settle? Hish.....
Teringat mak dan ayah. Terubat sedikit hati. Ayah, dalam sakit masih bekerja, berpanas berhujan tengah bendang, meredah ladang demi sesuap nasi. Supaya kami dapat hidup dan berjaya seperti hari ini. Mak, saat sarat masih ke bendang membanting tulang membantu ayah. Aku? Memerah otak dalam bilik berpenghawa dingin ini, apalah sangat.
Hidup tak pernah mudah untuk kita semua, tapi kitalah yang harus berfikir bahawa hidup ini tidaklah sesukar mana kalau dibuat perbandingan (kembali mengingati lirik lagu merenung bulan)
You are lucky kak long!
8 comments:
saya dah suka lirik lagu tuh...tenkiu to kak tiny too.
selamat ayat last tu hang tulih lirik merenung bulan.. kalau tidak, mmg aku copy paste lirik tuh kat ruangan KOMEN nih.. hahahhaha
yes..you are lucky....dah makan ubat ker..keje-keje jugak..kesihatan jangan dilupa.....
Betul tu. "hidup ini tidaklah sesukar mana kalau dibuat perbandingan".
Hidup ni sebenarnye sangat indah.Percaya kepada perancangan ALLAH..,
Syukur alhamdulillah atas nikmat yg diberikan..amin.
Salam Kak Long...
Kerja tu kerja juga tapi badan & otak juga perlukan rehat, semuga demam tu tak melarat dan cepat sembuh yea..
sebenarnya demam sebab stress.. tapi biasalahkan keje mana ada sudahnya.. non stop.. siap yg nie.. yang tu pulak.. insyallah.. kuat semangat
terima kasih semua di atas sokongan
hidup ini tidaklah sesukar mana kalau dibuat perbandingan..
memang tul pun..bersyukur sebab u are d luckiest women indeed!!
Post a Comment