Sunday, June 29, 2008

kalau mahu berkawan....

lihatlah pada persamaan
jangan lihat pada perbezaan.....
kerana kalau kita asyik melihat pada perbezaan
hubungan tu takkan berjaya......setuju!


Itu pelajaran yang aku dapat hari ini (selingan). Semasa kuliah statistik pagi tadi. Seingat aku dulu2 itulah kursus yang paling aku tak suka. Tapi pagi tadi seronok pula belajar, macam buat ulangkaji pula. Walau aku dah pernah amik course tu masa dulu2 tapi 99% aku dah lupa. Sayangnya aku terpaksa balik awal kerana mengejar meeting jam 2.30 ptg. Hai hari minggu pun meeting.....


Seronok jumpa semula kawan2. Dua bulan bercuti aku rasa cukup enjoy, enjoy boring tahap cipan. At least kuliah dan assignment akan meredakan apa2 yang tak reda lagi, dan.....aku boleh fokus pada benda yang lebih berpekdah drpd dok merenung-renung bulan............(tiny: dah dapat lirik lagu tu? ) hehe....
Aku rasa cute jer advice adik kawan aku sorang ni. Katanya kami ni sama, tak reti nak bersyukur. Dok rasa diri tak bagus dan nak jadi cam orang jer, tak tengok pun orang ramai nak jadi macam dia. Pegi cari balik lagu merenung bulan tu, tampai kat dinding hahaha........
Oh ya, memandangkan hati aku dah reda aku nak declare kat sini aku dah tak kecik hati, aku dah mula belajar tentang "perbezaan". Dan aku sedar dalam mana-mana persahabatan pon ada limitation. Ada benda2 yang kita tak boleh sebut atau cakap sebab orang tak suka. Dan kita tak boleh marah dia sebab dia tak suka dengan apa yang kita cakap. Itu perbezaan, tapi kita masih ada persamaankan? So, shall we declare our limitation???
So, kawan2. Carilah persamaan dalam perbezaan. Kalian pasti akan lebih menghargai erti persahabatan. Janganlah kerana perbezaan sedikit, terus nak putus sahabat. Tak wajar itu. Kenangkanlah sedikit kebaikan yang dia berikan...........

Thursday, June 26, 2008

Ayat-ayat cinta

Inilah pertama kali dalam hidup aku, keluar date dengan kawan, tengok wayang, waktu malam! Dan kanda bagi green light! Just becos dia ada dinner malam tadi (sebab tu dia izinkan agaknyer). Nak tau betapa terujanya aku, lepas maghrib jer terus aku siap2 dan stand by kat depan umah....dah 5 minit tunggu tak sampai2 jugak ciktiny nih, aku pon start enjin kete dan dok dlm kete (on aircond... hehe dasar!). Tiba2 macam terasa jer asid2 gastrik aku sedang merembes dan meyebarkan kepedihannya. Alamak, nak kena lagi ker ni?. Aku pon cepat2 masuk balik umah dan cari ubat, tengah telan ubat dengar hp aku ringing. Hm...dah sampai kawan aku nih.


Well, memang enjoy malam tadi, cadangnya nak pi GSC Pavilion, tapi 100 m dari selekoh seremban kami decide...pi GSC Alamanda jelah. Sejarah kau, dalam sehari dua kali pi sana....


Ceritanya ok, menghiburkan. Tapi mesej yang disampaikan tidak sebagus membaca novelnya. Aku ingat lagi bila aku mula baca novel AAC, aku start baca bahagian belakang dulu, the last 10 pages. Stail aku suka nak tau ending dulu. Situasi Maria koma, dan mulutnya tidak berhenti menuturkan ayat-ayat Al Quran, Maria sebenarnya bermimpi tentang halangan untuknya memasuki pintu2 Syurga kerana tidak memenuhi syarat2 yang ditetapkan. Iaitu dia belum mengucapkan dua kalimah syahadah, something like that. Aku baca the last 10 pages dan aku nangis! Belum baca dari mula lagi. So movie dia tak macam tulah, kot nangis pon sebab tumpang sedih dengan watak2, bukan pasal ayat2 cinta yang menyentuh perasaan tu.


Ayat-ayat cinta sebenarnya merujuk kepada ayat-ayat Al Quran. Kalau dalam novel, huraiannya lebih baik dan menyentuh. Tapi biasa la filem ni kena la ada unsur komersial. Walaubagaimanapun berjaya jugakla penulis skrip tu menjadikan filem tu tak boring ditonton dan meruntun perasaan aku. Okey le tu!


Dan pagi tadi aku cam tak larat jer nak bangun, tapi kena pegi awal....janji dengan polis2 ni kena punctual. Event berlangsung dengan baik, sempat la aku bercitcat dengan KPN (duduk sebelah kau!) sambil control cun, macho dier.....eheh!

Wednesday, June 25, 2008

Gastrik

"Denying can be particularly damaging!" Aku petik dari blog NIMY.

Bulan ini sudah dua kali aku diserang gastrik yang teruk. 14 Jun dan semalam. Aku ingat aku pernah melalui fasa2 yang teruk dalam hidup aku dan waktu itu gastrik bagai sahabat baik.

Kata doktor, gastrik juga disebabkan stress.

Yelah dulu kena gastrik sebab tak makan + stress. Sekarang? Apa pasal tak cukup makan? Apa pasal pulak nak stress????

Aku telah melalui kehidupan harian dengan santai, relax dan buat tak kesah. Apa yang aku suka aku buat, I dont care. Dan kalau aku tak suka I just ingnore them from my mind. Apatah lagi nak get involve. Aku rasa aku bahagia dengan pilihan tersebut. Kata orang pandang ringan. Tak payah pikir berat2. Dan kalau aku cari pasal pon, pandai-pandai akulah, not to blame anybody.


Kata Kak Wan (beautician akulah - tauke salon kat Tmn Mulia) kalau kita sudah berhenti cemburu, marah atau bersoal-jawab.....itu tandanya kita juga telah berhenti grow up our love....iye??? Korang setuju? Or perasaan kita sudah jadi mendatar gitu. Itu bab cinta.


Tapi kalau dah tak tensen, tak sedey2 tak marah2....itu bukan lambang kematangan hidup ker?


Semalam, masa memandu balik, kira-kira jam 11.00 malam, lama aku berfikir. Bukan apa jarang aku nak fikir2 atau analisa diri sendiri ni. Saya dah malas nak fikir awak! So aku cuba analisa punca2 gastrik ini muncul kembali, setelah hampir 3 tahun aku tak dapat sakit yang pedihnya agak boleh tahan...nak berdiri tegak pon tak larat, apatah lagi nak berjalan. Seram sejuk kaki jadinya.


So aku pon tanya diri aku, takkan gastrik ini sebab stress??? Kan ke aku ok jer, relax jer...ATAU aku ni sedang menafikan stress yang sedia ada? Berlagak macam aku ok, sebenarnya tak ok?? Kata ciktiny aku dah lama dok dalam cold storage?? Apa kata pakar?


Aku nak tulis macam dulu2, sebab itulah diri aku, mungkin dengan cara tu aku dapat atasi gastrik aku nih. Tapi aku cuba tak tulis lagi benda2 yang serius ni. Malas nak fikir awak!

Tuesday, June 24, 2008

Coret2 hari ini

Hari ini bergerak pantas, sepantas aku mengejar masa demi menyiapkan tugas-tugas yang terbengkalai dek kerana bz atau kerana buat2 bz tak taulah yg mana satu. Bangga beb, kerja tiga hari, bulih siap 1 hari ni jer....(kau bayangkan kalau kau tengok DVD movie (pastu kau fastforwardkan ke depan) laju giler aku buat keje. Sempat mengelat lunch date and citcat dgn ciktiny.

Lega, banyak.....

Kerana itu aku nekad pagi tadi, aku tak akan jumpa sesiapa pon kalau ada klien datang, akan aku suruh staf aku bagitau depa yang aku tak dak kat opis hari ni. Hehe...licikkan.

Sungguh, kekadang seharian berdiskusi dengan klien silih berganti sampai berebut bilik rundingcara dengan klik2 aku memang memenatkan. Dan saat matahari melabuhkan sinarnya, aku pon turut sudah lesu mesu. Tak dapek den nak berpikir loeee, nak buat report senja2. Ayat pertama pon tak tau nak mula........baik balik rumah sajalah....

Bercerita hal kerja, macam aku sorang banyak kerja. Dulu masa aku buat out campus, kelas aku setiap malam, hari2 dari Isnin hingga Jumaat (amik 5 paper konon nak abis cepat). Ada di kalangan rakan2 aku tu (aku masih ingat akak sorang tu) bekerja sebagai eksekutif sebuah syarikat gergasi (pasti banyak kerja) dan ada 8 anak kau!!!! Yang sulong tingkatan dua kalau tak silap aku. Bayangkan .....dan dia berjaya juga bergraduasi!!!!. Macamana dia manage, owh dia tak ada maid pon....

Dan aku, bertemu jodoh masa di semester ketiga. Awal2 aku dah pesan pada kanda jangan komplen kalau aku tak ada masa dengan dia, but I will try my level best. Aku ingat lagi, jam 5.00 aku dah cabut dari opis (klu tak ada eventlah, sebab dulu aku keje uruskan/buat event). 5.30 ptg sampai kat rumah, terus masak ala ekspres gitu. Tapi mesti ada 2 lauk dan 1 sayur, at least tuh......Siap masak, terus bersiap-siap ke kelas. Kelas aku mula jam 7.00 ptg - 10.00 mlm. Begitulah selama setahun setengah seterusnya. Syukur, tamat pengajian, dan kanda sabar menghadapi karenah kesibukan aku + amukan2 sesekali bila tensen. No life, serious. Sabtu ahad aku dah berkampung kat library atau discussion group. So bila masa aku ada time untuk keluarga? Lagi, kanda terkorban. Anak2 tiri aku? Mujur memahami, tak penah depa ngomel sebab dari awal lagi depa dah tau aku memang tengah belajar.


Dan sekarang, rasanya dah banyak kurang bznya, kalau tidak takkan lah boleh berpesta-pestaan di SPA dengan ciktiny. But adalah musim2 tukan.......well, memang penat tetapi inilah yang menjadikan hidup aku sentiasa teruja. Selain hal2 yang melibatkan aktiviti kekeluargaanlah.


Cuma, lately ni aku macam tak kenal diri aku or baru nak kenal diri aku. Aku dah jadi orang baru eh?Aku terjebak kehairanan dengan tahap ke'cool'an (bukan kulaan-itu bahasa banjar). Aku juga tak reti nak marah2, atau nak hangin2 cam dulu, serius. Malah aku jadi tak kisah. Agaknya prestasi aku ni menjadi perhatian, sebab tu boss aku pun (termasuk hari ni, again) dok kata sepanjang hampir 5 bulan kat sini dia tgk aku ni always ceria memanjang. Ntahla, betul ke? Aku pon ada problem, banyak!. Tapi yalah....hanya orang yang tahu saja tahu...Life must goes on.


Oklah jam dah 6.45 petang, aku kena bertolak ke Kelana Jaya sebab ada dinner yang wajib aku attend. Kena sign kehadiran kau....


Sekian, entry beta untuk hari ini.....Wassalam

Monday, June 23, 2008

I'm back!!!

Macam la lama sgt tak buat entry hehe.....

So, inilah aku mencelah jugak dalam dok bz yg ntah apa-apa tah.

Aku rasa penulisan aku makin teruk, tapi harap2 korang masih boleh faham.

Sabtu ahad lepas aku kerja, penat + hati aku yang kucar kacir sekejap.

Sabtu, ke Langkawi sorang diri, aku hanya bermeeting setengah hari. Meeting tu sepatutnya dirasmikan oleh YB. Timbalan Menteri dan aku wakil bos, tapi menteri pon tak nampak batang hidung, orang lain yang datang. Tak apalah, saya yang menjalankan tugas. Petang menghabiskan masa di SPA. Berhabis duit untuk maintenance body (body nak pakai lama weh!!!). Kemudian memandu sendirian pusing-pusing bandar Kuah dan terus ke Pantai Cenang. Menyelusuri pantai sorang2 sambil layan perasaan dan terus drive ke airport. Boring gilerrrrr.

Ahad pagi aku ke AGM klien....panaslah meeting depa nih dan kelakar jugak bila perwakilan dok bangun dan berebut nak bercakap, siap berpantun-pantun macam kat parlimen pulak. Jenuh chairman nak control. Aku duduk as observer, sebelah kiri aku lawyer depa dan sebelah kanan aku auditor depa. Dan petang, aku bertemujanji dengan sekumpulan penaja yang diketuai oleh seorang VVIP from JPM. Meeting has been planned, cepat siot, setengah jam je abis. Thanks God, aku cepat2 balik dan yes! tidur..............akak letih la melayan karenah kehidupan ini!!!

Dan pagi ini aku datang ke pejabat dengan mood baik punya nak siapkan report2 yang terbengkalai sejak minggu lepas.

p/s: Maafla ciktiny sebab plan kita selalu tak jadi. Kan ke dalam hidup kita ni kita hanya boleh merancang...... Dan selalunya yang kita rancang bukan semua akan menjadi. Aku dah lama terima hakikat tu. Sabar ajelah yea...

Friday, June 20, 2008

sorry bz sikit

Pagi ni aku mendung sikit, sedey pon ada.....boring pon ada. Tapi kerja jalan!

Ok dah, cukupla tuh. Aku penat kot? Hm.........

Apa pun tak de story untuk entry kali ni tapi kalau tak memblog macam tak dapat makan la pulak.

Apa pun TQ to Tiny sebab temankan aku semalam. I love u too!

Thursday, June 19, 2008

Merapu jer

One thing about u ...its very good la....u always look cheerful....
Owh...tima kasihlah boss. Yes itulah style aku, depan orang......dalam hati sapa tau. Dia kata aku tak penah nampak tensen, tak penah nampak moody, enjoy saja......ceh, pandaila dia buat tafsiran yang semestinya tak tepat!


Prinsip aku senang jer. Jangan kerana kau sedih, orang lain pon dapat tempias. Jangan kerana kau marah, orang lain jadi mangsa. Jangan kerana kau tak happy, kau buat orang lain tak happy jugak.....Erti hidup pada memberi, ingat? Dan hidup aku...pehhh konsisten banget lately nih. Kecuali "tentang seseorang" :) - tiny aku tau kau tengah senyum..........


Barangkali hidup yang konsisten memang membosankan. Barangkali aku telah biasa dengan hiruk pikuk dan serabut serabai kehidupan. Bila hidup aku jadi biasa-biasa sahaja, aku mula buntu. Aku tidak bisa menghadapi konsistensi. Aku mula mencari aktiviti, dan sungguh, aktiviti yang tersedia seperti tak pernah mencukupi. (malah ada aktiviti yang dah depan mata terpaksa cancel sebab under water treatment! ) hahaha hampeh sunggoh!.


Ada yang kurang dalam diri ini tetapi bukankah kita harus belajar dan membiasakan diri dengan kekurangan setiap hari? Aku dah lali dengan kekurangan. Dan ya, aku juga tak kesah dengan small2 problem nih yang pada aku (as cik tiny said) like a mosquito bite jerrr


Moody? owh dah lama aku tak moody. Sedih? aku dah lama "buta perasaan". Gembira? ntah untuk apa. Teruja, barangkali hanya sebab kerja. Lain dari itu, aku buntu. Hari2 yang rutin mula membuat aku rasa macam aku kena buat sesuatu. Sudah terlalu lama aku dalam zon selesa. Selesa? Yeke? Haah, agaknya sebab Kaklong dah tak sesibuk dulu mengambil tahu hal adik2. Agaknya hidup pun makin teratur. Dan tentunya rasa keyakinan makin meningkat dengan adanya sokongan kanda serta sahabat-sahabat yang tersayunk :)


Aku pun dah tak banyak berfikir macam dulu. All the depression, hypertension semua dah berakhir. Hanya sesekali, adatlah hidup nikan...ada la pasang surutnya. Again anggap itu macam mosquito bite ajelah...


Anak angkat? Yes, Aku dah lama berkira2 tentang itu. Ada sesiapa nak tolong???

Wednesday, June 18, 2008

Rindu masakan mak, hehe mengidam ker aper??

Aku rindu masakan mak, lauk kampung yang simple tapi yang pastinya, aku akan lupa diet-diet aku saat itu...dan menambah nasi at least 2 kali.


Aku rindu makan ikan sepat goreng, sambal belacan dan ulam-ulaman yang mak petik di depan pintu dapur. Hish kena balik kg nih.....


Malangnya bulan ni jadual aku penoh, sampai ujung bulan, termasuk Sabtu dan Ahad. Kerja...kerja...


Kalau ciktiny bosan sebab tak dak kerja, aku plak, bila la time yg aku tak dak kerja....kaklong need restla.......


Ho...ho...semalam semasa berYM dengan sorang sahabat ni, ntah camana aku terlepas taip, mangkuk hayun, amik kau!!! Aku harap dia tak kecil hati. Aku ni mana jenis cakap lepas, tapi ada masa tu bila dah rasa macam mesra sgt dengan seseorang tuh aku cam take for granted la plak. Sorry eh?

Tuesday, June 17, 2008

Ehem!

Pagi ini aku bangun agak terlewat dari biasa, so aku sampai opis lewat jugaklah dari biasa. Malam tadi aku telah dijemput attend board meeting yang pertama client baru....aku tengok alamat kat surat jemputan, eh alamat rumah ni. Haah memang pon....katanya opis belum siap renovate....dan lagi senang sebab rumah salah sorang board member tu tengah2 bandaraya...senang nak berkumpul. Oklah...saya yang berkhidmat untuk rakyat hehe...


Jam 8.45 malam aku keluar rumah, sampai kat rumah tu lebih kurang jam 9.10 malam. Inilah meeting pertama yang aku hadiri dilaksanakan ala-ala meeting kat rumah tok ketua gitu...duduk bersila (aku bersimpuhlah) dalam bulatan. Ada 9 orang board semuanya, termasuk aku 10 le. Pak Aji ni, the chairman, dulu (selama berbelas tahun gak) jadi setiausaha yang setia kepada seorang pemimpin negara....sehinggalah pemecatan tahun 1998. Sadiskan?


Oh ya, semalam juga adalah hari pertama adik aku ros, bekerja. Memulakan hidup sebagai seorang yang berdikari sepenuhnya. Good luck! dan kaklong pon berjaya, hehe...berjaya melepaskan sorang lagi adiknya ke alam "menanggung diri sendiri". Fuh lama dia belajar kat UiTM nun, 5 tahun weh........Bulan April lepas pon sorang adik kaklong yang belajar kat Mie University, apit namanya dah balik dan terus mula keje......


Maka, aku kaklong dengan bangganya menurunkan sebahagian takhta dan kuasa termasuk tangungjawab kepada mereka berdua bagi melunaskan tugas-tugas yang belom selesai. Sebab ada dua lagi adik aku kat U dan sorang kat sekolah menengah. Chaiyok! Muahahaha......

Sunday, June 15, 2008

Penat

Banyak sebablah aku penat. Semalam aku kerja dan kena pulak menyaksikan AGM yang panas. Jam menunjukkan 2.30 petang baru sampai agenda 3. Ada 17 agenda weh...bila nak abis. Lepas tu aku pon tambah-tambah penat.........sampai malam tu kena gastrik:)


Hari ni, pagi tadi aku menerima undangan satu company tu, untuk beri taklimat pra penubuhan koperasi. So berjumpalah aku dengan kumpulan yang dikatakan millionaire dan bakal2 millionaire. Aku tengok kad vice president dia, ada satu cawangan kat London. Kalau betullah depa boleh jadi sekaya ini, aku pun nak beli bar gold? Kan? Sejam setengah berdiri beri taklimat sambil bersesi soal jawab, aku pun balik...baru rasa penat....tadi masa pok pek pok pek kat depan tak rasa penat pun, lagi teruja adalah. So, aku buat keputusan nak rehat ajelah petang ni. Layan Smith Part 1 sampai Part 3 kat cinemax. Kanda outstation ke Rompin, so aku pun bebas dan merdeka seketika:)
Entry kali ni memang boring, seboring aku sekarang.....bubaiiiii...

Thursday, June 12, 2008

Happy Anniversary

Hari ini adalah hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke4.

Tak ada apa-apa plan. Mungkin makan malam di luar bersama, ajak adik aku sekali.

Masih berdua....walau pada hakikatnya tidak begitu.

Masih berusaha membina bahagia dan semoga akan kekal dengan kebahagiaan itu.

Syukran!


Aku tak pernah kena TAG sebelum ni, mungkin sebab aku tak fofular. Terima kasih Ciktiny sebab TAG aku. Sukar nak cerita tentang diri sendiri ni sebenarnya. Inilah diri aku sekarang...


TENTANG DIRIKU

1) Panggilan mesra ialah MAIZA, panggilan KAK LONG sangat sinonim sebab aku anak sulong daripada 8 adik-beradik.

2) Orang kampung yang tipikal tetapi telah melalui proses urbanisasi sejak menetap di KOTA BATU.

3) Sudah kawen, dengan seorang lelaki yang bergelar....tetapi sangat merendah diri orangnya.

4) Ibu tiri kepada 3 anak yang memanggil aku dengan panggilan umi dan 5 cucu yang memanggil aku dengan panggilan wan.

5) Suka memberi, jarang meminta.

6) Dulu aku ni garang, panas baran, banyak cakap, suka memendam rasa, tak suka cerita masalah kat orang, sebab tu aku memblog......

7) Perangai2 di atas semakin berkurangan malah aku dah banyak improved...


YANG MENAKUTKAN AKU

1) Takut hilang keupayaan fizikal sehingga tak dapat berdikari dan terpaksa bergantung dengan orang lain. Minta dijauhkan.

2) Takut hilang orang-orang yang aku sayang, kanda, mak ayah, adik-adik dan sahabat handai.

3) Aku takut cicak

4) Takut dengan masa depan (selalu). Cuma sekarang semakin positif.

5) Takut dibenci orang.

6) Takut dengan diri sendiri bila dah marah or kecewa dengan seseorang. I dare to ignore people just like that.........

7) Takut tak sempat hantar mak dan ayah ke Mekah. Murahkanlah rezeki kaklong ye...


LAGU-LAGU YANG AKU SUKA

1) Sampai hati (Spring)

2) Bila rindu ku sebut namamu (Siti Fairus)

3) Cant live without you ( Mariah Carey)

4) Izinkan ku pergi (Kaer)

5) Mimpi yang tak sudah (Ibnor Reza)

6) Demi waktu (Ungu)

7) Semua lagu Misha Omar.... dan banyak lagilah


PERKARA YANG AKU SUKA SEBUT

1) Cop...cop...

2) La.....

3) ic...........

4) Yaka???

5) ok

6) oh....

7) Aku suka sebut pasal orang2 yang rapat disekeliling aku....


PERKARA YANG AMAT BERNILAI

1) Kesihatan

2) Ahli keluarga, kanda, mak ayah, adik-adik

3) Sahabat-sahabat aku

4) Kerja aku

5) Pelajaran aku, moga2 graduate...tahun depan

6) Aset-aset aku yang aku beli hasil titil peluh sendiri

7) Selera makan masih ada, Alhamdulillah....


PERKARA PERTAMA BERLAKU DALAM HIDUP INI

1) lahir ke dunia ini

2) menjadi kak long

3) terpilih sebagai anak mak dan ayah aku

4) masuk U masa umur 27 tahun

5) dapat buat master dan kenal dengan ciktiny tahun lepas

6) memblog sejak tahun 2006

7) menjadi mak datin seusia ini


Entry ini terpaksa aku buat 3 kali posting sebab tak cukup masa. Maknanya ini update yang ke3...hehe...ady ko tak selamatlah....

Here are the peoples that i want to TAG

Ady

Abg Wafa

Chinta






Tuesday, June 10, 2008

Wedding 2008 dan Cerita Kanda

Sebelum tu.............


Aku tak nafikanlah blog aku (rumah lama) agak ekslusif. Satu, aku tulis blog tak kecoh2. Dua, aku tak exposed diri aku di khalayak penulis blog. Tiga, aku menulis untuk diri aku, tak de oerang baca pon tak pe, sebab aku lagi segan kalau orang kenal siapa aku. Kalau boleh jangan orang tahulah sape kak long nih. Aku tulis, posting, dan aku baca sendiri. Kalau secara kebetulan ada orang singgah kat blog aku dan kemudian jadi kawan aku, mereka juga kiranya adalah orang-orang yang kemudiannya aku letakkan sebagai kawan-kawan yangt ekslusif.


Tapi sejak kebelakangan ini, keyakinan aku meningkat. Mungkin sebab sokongan kawan-kawan kot. Apa nak malu dengan sejarah sendiri. Kita patut menghargai diri kita terlebih dahulu, baru orang lain akan menghargai kitakan? Bukan nak tunjuk bagus, atau terror or what so ever. Ini blog aku, suka hati aku nak tulis apa pon, janji aku tak kacau orang.


Bila ada pihak bijak pandai menyarankan supaya satu format ditetapkan untuk menulis blog, aku memang tak setuju. Sebab aku tau...........blog aku penoh dengan spelling error dan grammatical error. Merata-rata. Sungguh pun aku pencinta buku tapi aku tak fikir pon nak jadi penulis profesional. So, biarlah kak long dengan formatnya sendiri.


Ok ni cerita Wedding 2008,

Simple tapi meriah. Aku balik kampung pada 5hb Jun selepas maghrib, bertolak dari KL. Sampai Kuala Kurau dah jam 12.30 am. Hari Khamis tu sempat aku lari kejap ke Sg Dua Penang dengan adik aku kerana personal agenda. Dan sudah pastinya, kami tak ketinggalan menikmati mee udang Sg. Dua yg fofular tuh......


Tapi yang bestnya masa sehari sebelum kenduri tu, adik aku dah pesan. Kak Long jangan risau dan pening-pening. Kan dah ada ramai anak perempuan. Oh, yeke? Aku lupa lak yang aku ada 3 adik perempuan + 2 adik ipar perempuan. Itu tak termasuk 4 adik lelaki yang semuanya dah jadi orang "dewasa". Aku patut lepaskankan depa semua untuk handle dan aku jadi pemantau sudahla. Zaman kak long kelam kelibut nak buat itu ini patutnya dah berakhir. Ye tak? Seronokkan...........


Dan sehari sebelum kenduri tu juga kami meraikan kejayaan dua adik aku. Na dah dapat result dia dan confirm graduate la..... hehe. Dan adik lelaki aku sorang lagi tu, saja jer antar sms buat suspen konon fail 1 paper. Rupa2 dapat anugerah dekan. Alhamdulillah.


Cerita kanda,


Aku tak nafikan memang sukar untuk menyesuaikan diri bila kita dari latar belakang yang berbeza. Dia dah biasa dilayan bagai VIP. Datang bersambut, makan dilayan. Apa yang berlaku dibalik tabir majlis dia mana nak amik tau. Dia tahu, jadi jer semua. So macam tu juga kalau balik kampung aku. Dia akan jadi big boss dok kat depan dengan surat khabar sambil mengadap TV. Lepas tu pantang aku nak keluar ke pasar ke, ke mana ke memang dia nak mengekor sebab tak betah tinggal kat rumah parents aku tanpa aku.


Kali ni lain. Aku intai jer dari tingkap. Speechless aku dibuatnya dalam 4 hari ni. Betapa rajinnya kanda aku. Sibuk dia menolong menyusun meja kerusi kat bawah khemah. Beria-ia menolong mengelap meja2 sampai sikit habuk pun tak tertinggal. Bukan tu jer. Seriau aku nengok dia memanjat kerusi untuk membuang sawang-sawang kat beranda rumah......


Bukan tu ajer. Dia tak nak ikut aku keluar pun. Bila aku ke Penang, dua kali plak tu dengan adik aku. Dia tak nak ikut. Dia prefer tinggal kat rumah, tolong tokwan aku masak2. Bukan tu ajer, sempat pulak pergi menjala sorang-sorang kat tali air masa aku tak de tu. So malam tu dapatlah aku merasa ikan sepat goreng hasil jalaan kanda aku nih.Weh...adakah aku telah berjaya merakyatkan kanda aku sorang ni......

Thursday, June 5, 2008

Ciktiny, Rebung dan Minyak

Hari ni aku memandu selama 20 minit sahaja untuk sampai ke pejabat. Jalan clear. Agaknya ramai yang tak larat bangun pagi ni sebab malam tadi sangkut dalam kesesakan akibat MINYAK NAIK HARGA. Aku telefon ciktiny tanya pukul berapa dia sampai rumah semalam. Pukul 2.00 pagi....


Aku sendiri semalam menempuh perjalanan 2 jam untuk sampai ke rumah. Keluar dari office jam 6 petang, jam 8.00 malam baru sampai. Itu pun terpaksa Q panjang semasa nak masuk ke kawasan perumahan Bandar Tasik Selatan sebab banyak sangat kereta menuju Shell kat situ.


Malam tadi, aku telefon ciktiny dengan rasa cemburu nak tau kenyang ker makan kat Rebung. Rupa-rupanya dia sangkut kat Jalan Tun Razak, depan IJN. Masa tu dah jam 10.30 mlm pukul berapa kau nak sampai Rebung ni?. Aku layan jela ciktiny meluahkan perasaan dia, apa ke bodo sangat depa semua ni!!!!!! macam la kalau isi minyak malam ni boleh isi satu lori!!!! Hehe, sabar....sabar....tu jela yang boleh aku tolong. Tolong dengar.


Kalau tak kerana meeting aku habis lambat semalam, barangkali yang tersangkut sampai jam 2.00 pagi itu adalah kami berdua. Kesian kawan aku nih...

Tuesday, June 3, 2008

Kisah Semalam

Nasi dah jadi bubur.............., yang belum tanak tu make sure esok2 kalau tanak jadi nasi.


Bunyi macam kecewa? Memang dia sangat kecewa. Malah aku tengok dia hampir menangis. Memang sejak dua menjak ni (recent development there are so many issues) aku tengok bos aku macam cool sikit. Rupanya bukan pasal dia orang yang jenis cool, tapi dia sedih. Kesian.


How to work? She asked. Now, no body will protect u. These people, if they find that u cannot served them well, or just because they knew the Minister or his peoples, they wont follow through the procedures. So, u must able to explained ..................bla bla bla 1 jam setengah weii. Pagi tadi dah dekat satu jam, petang kena panggil lagi. Semua pulak tu.


Pada aku, apa yang berlaku tentulah ada hikmahnya. Dalam ramai-ramai orang kat meeting room tu dia tanya aku, how do you feel? Dengan selambanya aku kata, saya cam biasa jer....... Sebab bila dia dah bising-bising tu tentu ramai yang tensenkan. Aku? Hm....banyak lagi benda nak tensen. Lagi pun aku dah pernah mencapai tahap tensen yang boleh membunuh pun. Jadi takat boss bising-bising tak de bendalah.


Tapi sebab pagi petang kena bebel, migrain jugaklah aku bila balik rumah semalam. Bukan apa, aku memang tak berapa sihat pon. Kanda call kata mak mertua aku dah sampai. So sampai jer rumah petang tu terus aku masak. Ok jer aku tengok mak aku makan. Kanda pulak siap mengulang. Dua kali makan. Sedap sangat ker....


p/s : Prof. Tiny, tahniah la.......bagus imaginasi ko nih. Aku tumpang sebelah kaki pon jadilah. Tak dapat jadi Prof., takat Dr. pun memadai....Hehe....YB. Datin Dr. R..........hahaha. Jangan marah. (Berangan bukan kena bayarkan?)

Sunday, June 1, 2008

Entry ke-2 hari ini

Ape tak de kerje ke aku ni? Ade.....banyak..... memblog bukan kerje ke? Mentang-mentang la kanda outstation.........


Jarang aku tak ada apa nak buat hari minggu. Semalam aku dah mengemas rumah, siap alih-alih semua perabot dalam rumah. Lepas tu aku keluar pergi meeting. Habis meeting jumpa budak embun. Sesi terakhir kami tonton movie, cerita FREEDOM WRITERS. Sedih. Tersentuh. Teringat perjuangan arwah abang Duan. menitis air mata kami (aku jeling orang lain.....). Aku nampak adik JJ buka spec dan usap-usap pipi dia. Aku? Hehe biarlah ia kering sendiri, macam selalu.


Habis tu aku terus balik. Sampai rumah jam 8.30 malam. Aku tengok anak bujang tengah dok nonton TV. Dengan pantas aku masak nasi dan panaskan lauk yg aku masak siang tadi, tambah 1 lauk baru, sayur goreng hehe.....


Aku tau si bujang ni mesti tak makan lagi. Masa aku kat atas dok memblog aku dengar bunyi pinggan berlaga.....hm...tgh makan la tuh...


Pagi tadi bila aku bangun tido memang aku x tau nak buat apa....hm...on laptop dan apa lagi.......


Aku nak kemas apa lagi nih.....dah cantek ni. Selain masuk dan keluarkan baju dari mesin basuh, lipat kain, dan nyanyi-nyanyi ikut rentak lagu sebab aku buka astro ria , ada AF6, special edition. Tapi ada satu lagu tuh...nyanyian Stacy, Atas Nama Cinta. Menyentuhnya.....


Apa nak buat lagi ni. Aku bukan kaki tido siang hari. Last sekali aku tak tahan aku tepon ciktiny. Jom pi buat foot spa.....wokeh. Kejap lagi ciktiny nak amik aku jam 3.30. Nak kena siap-siap ni. Babaiiii.......
p/s : Boy, lain kali kalu main bola tu, hati-hatilah, tengok lopak. Jangan main redah jer. Kan dah bengkak kaki tu....ish...ish...... Ha lagi satu baca Bismillah.......mana tau kot tersepak anak jin mana ker...marahlah dia. Take care ye. Saya nak pi melawat jauh la plak.

"embunization"

Apa tu?

Aku pernah cerita pasal
Embun Hidayah dulukan? Dalam entry 2006 rasanya. Lama dah.

Embun masih wujud.

Ada ramai budak embun junior yang arwah abang Duan recruit. Dan mereka ini kini mencari tempat berpaut selepas pemergian
arwah tahun lepas.

Semalam. Umpama satu permulaan. Satu kesinambungan. Satu perjumpaan antara beberapa orang core group budak embun junior dan juga dua orang budak embun purba hehehe. Kami buat perjumpaan di pejabat
IDEALS. Abang Nizal hadir menyampaikan amanah. Masih mahu teruskan perjuangan bang Duan, adik beliau. Seperti motto embun yang kami pegang "Hidup Mesti Berbuat".

Semenjak pusat tusyen dimensi ditutup selepas pemergian bang duan, mereka seperti tak tahu nak ke mana lagi. Dulu pantang ada masa, kat sanalah tempat budak2 embun ni berembun. Macam aku dulu.

Sesi round table, abang Nizal tanya apa yg kami nak dan cari?

Aku kata, embun sangat bermakna dan sentiasa di hati aku. Aku bangga bagitau orang aku budak embun. Selepas hampir 12 tahun, aku tetap rasa aku masih perlukan embun, dan embun pun perlukan orang macam aku. Semacam ada satu kekuatan di situ. Dan ini ialah tanggungjawab sosial aku sebagai seorang manusia. Untuk teruskan perjuangan embun.

So kami sepakat untuk mulakan dan takkan menoleh ke belakang. IDEALS sediakan satu bilik. Besar jugak bilik tu lebih kurang 12" x 20" untuk jadi bilik gerakan baru. Sementara kami menunggu ada kemampuan untuk buka Urban Youth Centre. Pehhh....besar cita-cita. Kami akan bermula dengan satu....satu.....

Kalau dulu embun bergerak "di bawah tanah" tapi sudah sampai masa kami menonjolkan diri kami di mata masyarakat. Menjadi satu badan rasmi yang dikagumi dan relevan dengan keperluan masyarakat khususnya belia dan remaja kota. Dan kami akan meluaskan dakyah kami dengan melaksanakan misi embunization....insyaallah