Saturday, February 28, 2009

Priority

Terlalu banyak yang perlu diselesaikan ketika ini. Aku enjoy dengan semuanya. Dan perkara-perkara itu buat aku tenang dan bahagia. Menyusun priority itu mudah sahaja. Asalkan kamu tahu siapa diri kamu dan ke mana hala tuju kamu. Ini urusan dunia.
"Jika urusan dunia kamu tidak selesai, kamu takkan dapat berbahagia di sana" itu pesanan kak Ros.
Ok ini kisah aku menempel di pejabat baru sahabat baikku Iza. Tamat meeting jam 4.30 ptg aku putuskan untuk tidak balik ke rumah sebab ada next meeting jam 9.00 malam, memandangkan pejabat UMNO Bahagian Wangsa Maju itu sehala sahaja dengan pejabat Iza. Sebetulnya dah lama dia ajak aku ke sana, tapi selalunya masa yang menjadi kekangan. Cantik pejabat barunya. Bukanlah baru sangat, sudah lima bulan Iza berpindah ke situ. Wah....sahabat aku ini membawa anak ke pejabat, maid indonnya bercuti sebulan. Aku katakan pada Iza kalau aku buat business macam dia, tentu dah rugi, secara teori aku mungkin bagus kerana aku business policy advisor, tapi bab praktikal hahaha....Aku kena tabik hormat pada kaulah! Kami mengimbas kisah 15 tahun dahulu, Yalah time tu aku dan Iza tak punya apa-apa. Kami sama- sama merantau ke KL selepas tamat sekolah, sama-sama mulakan kerjaya sebagai kerani. Lima belas tahun membina kekuatan dan jati diri...Iza sampai ke tahap ini, dan aku di tahap aku sekarang. Aku senyum pandang Iza....kau terfikir tak kenapa ujian ini Tuhan hantar pada kita? Kenapa bukan orang lain yang menerimanya? Ya sebab kita kuat untuk menempuhnya. Ujian itu sesuai untuk kita. Barangkali kalau bukan kerana ujian-ujian tanpa henti itu bolehkah kita sampai di sini? Kami rancak bercerita bila Nabiha mula cemburu dan cuba menarik perhatian mummynya. Jangan fikirkan perkara lain lagi....teruskan berusaha, demi Nabiha. kami berpelukan saat mahu berpisah.
Aku meninggalkan pejabat Iza kira-kira jam 6.30 petang. Sudah menelefon Kak Idah untuk singgah solat di rumahnya di Seksyen Dua sebelum ke Taman Danau Kota. Kali ini aku pastikan aku sampai awal. Tak mahu pisang berbuah dua kali. Biar aku sampai dahulu dari Dato' pengerusi. Masih marah pada dia??? Hm...dah tak ada erti marah dalam hati aku. Bukan pada dia sahaja, pada sesiapa pun. Marah akan buat kita tak bahagia. Percayalah!
Mesyuarat tamat jam 10.30 malam tapi kami hanya bersurai jam 11.15 malam. Aduhai...mesyuarat dengan orang politik macam ginilah. Apakan daya aku juga berkhidmat untuk rakyat. Memandu malam itu terasa jauh benar. Lebuhraya Mahameru rasa panjang tak berpenghujung. Lama benar nak sampai rasanya....ntah ke manalah aku melayang. Astaghfirullah.....Apapun sampai di rumah, aku disambut dengan senyuman manis kekanda. Lelaki yang menjadi pendokong utama kerjaya dan perjuangan hidupku. Priority aku!

Wednesday, February 25, 2009

Yang baik

Pada 17 Februari 2009. Genap setahun aku bekerja di SKM. Pada hari yang sama, aku menerima surat rasmi, berita gembira!. Lihat Kak Long, ini bukan perjuangan sehari, tapi setahun. Bukankah kau hampir give up dulu? Usaha tangga kejayaan, sudah terbukti bukan? Aku sujud syukur.....tapi berita itu tidak begitu ghairah aku terima. Mungkin aku sudah berubah agaknya.
Dua kali dalam bulan ini bos menghantar aku mengikuti seminar, yang dia turut sama menyertainya. This topic is very good for you. It will help you in your asignment. You're choosen. So go! Bunyinya agak tegas, tetapi penuh sokongan padu seorang majikan. Ok boss, I'll go, thank you!
Pagi tadi setengah hari menamatkan CEO Talk di Crystal Crown PJ, aku minta izin hilang dari pejabat kerana mahu berjumpa supervisor. Bos, saya tak masuk office ye petang ni. Dia mengangguk dan kami berpisah di tempat parking kereta. See??? Seorang bos yang dikata tegas, diktator or what so ever oleh sesetengah pihak yang samada mereka itu yang tak betul barangkali, sudah beberapa kali melepaskan aku secara unrecorded. Bukankah itu satu bentuk rezeki???
Bulan ini aku bertemu dengan ramai penyelidik, aku sempat berkenalan dengan seorang research officer yang baik hati dan sudi berkongsi pengetahuannya denganku. And surprised that this girl sedang bekerja untuk satu projek dengan seorang Prof. yang sangat aku kenal, dulu di MEDEC, kini ketua Fakulti di UMK. Kami pernah bekerja bersama-sama bila aku menjadi setiausaha panel hakim anugerah belia peringkat negeri dan beliau menjadi ketua panel peringkat kebangsaan bagi kategori keusahawanan selama dua tahun berturut-turut. Juga berkenalan dengan seorang pensyarah dari UNITEN yang sedang menyiapkan tesis Phd, sudi bertukar-tukar nota melalui email denganku. Malah beberapa penyelidik yang aku kenali sedia berkongsi maklumat bila-bila masa sahaja. Lihat Kak Long bukankah ini rezeki yang Allah beri dalam bentuk ihsan rakan-rakan yang baru kau kenali?
Pagi tadi, dua bulan bertarik tali akhirnya tajuk aku approved sepenuhnya. Bukankah ini rezeki juga? Allah permudahkan jalan aku. I will try at my maximum level, kursus pun berjaya, projek ini pun akan berjaya, insyaallah. Lagi pun ramai kawan-kawan saya yang belum buat apa-apa lagi. Ha!!! Itu kawan-kawan you. Tapi sapa duduk bawah saya, kena buat cepat. You jangan ikut orang, nanti kena piat telinga nanti!!! Gurau Dr. K padaku. Sebelum pulang aku hadiahkan beliau majalah Dimensi yang mengandungi beberapa artikel dan jurnal menarik, antaranya blue ocean strategy dan social entrepreneurship. Aku katakan kalaulah aku ada lebih banyak masa tentu topik keusahawanan yang akan jadi pilihan. Sesuai dengan bidang aku. Tak pe nanti kalau u buat Phd, u buat tajuk ni, kata Dr K. Buat Phd???? hahaha, aku baru terfikir nak buat double master, nak amik MBA pulak. Nak bangunkan tamadun!!! Aku sedar besar tugas aku, menjadi pegawai ekonomi, membantu usahawan bumiputera khususnya orang Islam menjana ekonomi. Supaya orang Melayu, orang Islam itu dapat bersaing secara adil, dapat survive dalam pasaran. Jadi kalau sudah sebesar itu tanggungjawab yang Allah beri, bukankah aku juga harus bercita-cita besar??? Berjiwa besar???
Balik memandu sambil tersenyum. Satu perkara aku belajar. Jika kau mahu perkara-perkara baik berlaku di sekelilingmu, kau harus mulakan perkara baik itu dari dalam dirimu!
Aku optimis bahawa ini fasa yang sukar tetapi aku mahu ia jadi fasa yang sangat bermakna untuk aku melangkah pada fasa kehidupan yang seterusnya.........
9 tugasan
1 take home exam
1 projek paper
5 exam untuk confirmation jawatan
1 final exam
VIVA
dan kursus sebulan!
Semuanya hampir serentak!
Ya Rahman, Ya Rahim, permudahkan jalanku................

Tuesday, February 24, 2009

Kebahagiaan

Kebahagiaan itu satu yang relatif dan subjektif.Ada orang masuk universiti tapi jauh daripada bahagia, hutang keliling pinggang, sungguhpun berumah besar. Tetapi kamu harus sematkan cita-cita kamu ke universiti, sebab kamu masih muda lagi. Ada orang kahwin, tapi masih jauh daripada kebahagiaan. Hidup berantakan. Bercerai berai. Sedangkan ada yang membujang sampai ke tua, tapi masih mengecapi bahagia. Sungguhpun hanya menumpang kasih anak-anak saudara.Ada orang banyak anak, tapi tak mampu mengecapi bahagia. Anak-anak menghambakan ibu dan ayah. Anak-anak yang dilahirkan telah menjadi tuan kepada ibu bapanya sendiri.Ada orang berkahwin, bertahun-tahun tapi masih belum ada cahaya mata, tapi masih mampu mengecapi kebahagiaan, sungguhpun hidup ke tua berdua-dua.
*dipetik dari jimi-wiser.blogspot.com*

Monday, February 23, 2009

Berhenti Berlari

Kebelakangan ini aku benar-benar tenang. Tenang dan keletihan yang aku rasai sekian lama seperti beransur-ansur hilang. Buat seketika aku merasakan yang aku tak mahu berlari lagi. Aku mahu berjalan-jalan sebentar, dan singgah seketika di mana-mana perhentian untuk menikmati indahnya alam maya ciptaan Allah s.w.t.
Seronoknya bila aku mula berhenti berlari, rasa syukur dan redha menyelubungi diri. Rasa tak mahu ke mana lagi, rasa mahu berhenti berlari. Mahu terus tinggal di sini, menikmati keindahan tempat ini.
Tapi tidak boleh begitu. Tidak boleh kerana sebagai khalifah di muka bumi ini kita ada tanggungjawab. Kita wajib meneruskan kehidupan dan improve diri kita sehingga yang termampu. Kita adalah penyumbang kepada ketamadunan dunia. Kita adalah khalifah yang mana setiap dari kita ada tanggungjawab masing-masing. Bukan mengejar material namanya tetapi membina tamadun dengan acuan Islam itu adalah tanggungjawab kita. Bayangkan kalau orang Islam semuanya bersikap zuhud, apa akan jadi dengan ekonomi orang Islam? Apa akan jadi dengan bidang keilmuan, khususnya pembangunan modal insan generasi akan datang?
Ada nasihat dari seseorang. Cukuplah, bersyukur dengan apa yang ada. Kalau kita fikir kita pandai, ramai lagi orang yang lebih pandai. Kalau kita fikir kita kaya, ramai lagi orang yang lebih kaya. Kalau kita fikir kita berpangkat, ramai orang yang lebih tinggi pangkatnya. Jadi jangan asyik mendongak ke langit, lihatlah rumput di bumi. Pada asalnya aku termakan juga nasihat begitu, aku nak kejar apa lagi? Buat apa penatkan diri. Syukurlah apa yang kau ada, tak ada apa nak dikejar lagi. Tapi tidak benar........salah cara pemikiran begitu. Kita kena terus berusaha, tetapi dalam masa yang sama menyeimbangkan diri kita supaya pembinaan ketamadunan itu dapat diseimbangkan dari segi material dan spiritual. Orang Islam kena berjiwa besar. Barulah kita menjadi bangsa yang disegani.
Seperti planet-planet yang terus bergerak pada orbitnya maka kita juga tidak boleh berhenti.....

Sunday, February 22, 2009

Selesai sudah

Alhamdulillah, majlis sudah selesai. Dua hari bertungkus-lumus, bila dah selesai segalanya baru terasa badan sakit-sakit. Macam tak larat je nak pergi kerja esok. rasanya yang paling penat ialah aktiviti masak-memasak. Apa pun aku puas hati. Kanda paling happy.......bangah lebih2 lagi la kot hehehe...
Jam 6.00 petang rumah aku kosong semula. Kanda pula bergegas ke penggerang, outstation. Aku boleh tidur lena :)

Tuesday, February 17, 2009

Tunang

Majlis pertunangan bangah akan berlangsung hujung minggu ini.

Aku dan kanda sejak dari awal rasa teruja bila dapat tahu bangah sudah bertemu pilihan hati. Itulah kata orang kalau sudah jodoh. Jodoh itu aturan tuhan, nak bertemu jodoh yang sesuai (soulmate) kita terpaksa melalui pelbagai proses yang berbeza-beza...gitu jugaklah agaknya yang berlaku dengan bangah. Alhamdulillah.
Tapi kami agak gusar memikirkan tentang siapa yang bakal mengikut rombongan. Bukan apa, asalnya kata kanda dia hanya akan mengajak adi- beradiknya sahaja yang seramai tiga orang itu, dan kami anak beranak termasuk sorang adik aku, jadi campur tolak ipar duai anak menantu ada la 12 orang je. Bukan apa meletakkan diri aku di tempat pihak sebelah sana, tentu akan rasa rendah diri kalau tetamu ramai datang sehingga tak cukup ruang. Sebab rumah flat kos rendah itu, berapa luas sangatlah ruangnya. Kita ni kalau nak pergi rumah orang jangan sampai menyusahkan orang, itu pendapat aku. Gusar aku dan kanda memikirkan, kata kanda kalau tak jemput adik-beradik arwah kakak, nanti adalah yang bercakap....itu yang tak sedapnya....
Berbincang dengan bangah, apa pula nanti kata keluarga sebelah arwah emaknya jika tak dijemput. Maka kata bangah sms untuk makluman sahajalah, tak payah jemput. Wah...kalaulah semudah itu kataku. Hati orang kena dijaga juga apatah lagi itu adik-beradik arwah emaknya. Bincang-punya bincang tetiba ntah apa yang bangah cerita dengan pihak sana, mereka menukar lokasi daripada di rumah kepada surau di kawasan flat itu juga. Aku dan kanda lega. Kami mula mencongak senarai rombongan...yang agak ramai....terutama adik-beradik sebelah arwah kakak yang ada 12 orang itu, kira sajalah kalau suami isteri datang beserta anak-anak dorang lagi. Pada aku jemputan ini pastinya membuat mereka teruja kerana bangah adalah yang terakhir akan berkahwin. Anak sedara mereka yang emaknya telah tiada. Semua pasti akan sangat prihatin.
Tetapi perasaan itu bertukar jadi gusar semula. Entah kenapa last week tetiba bangah memaklumkan yang emak bakal tunangnya nak buat kat rumah juga. Tak jadi buat kat surau....Aku sedikit sebanyak boleh membaca, mereka sebenarnya memang dari asal nak buat kat rumah. Main tarik talilah ni. Nasiblah kanda baru menelefon empat daripada adik-beradik arwah kakak. Empat pun kalau datang dengan ahli keluarga dah berapa ramai? Adik-adik kanda lagi...kami anak-beranak lagi....Hm....ntah lah...aku tawakal sahaja. Niat aku hendak pastikan majlis berjalan dengan sesempurna yang mungkin. Aku sebetulnya sangat bahagia. Bangah meletakkan kepercayaan kepadaku 100% untuk menguruskan hal-hal hantaran dan sebagainya. Dia telah menyerahkan beberapa item barang hantaran secara berperingkat kepadaku termasuk dua bentuk cincin sejak bulan Disember lagi. Really looking forward. Apa pun aku cubalah tidak berasa gusar dan cubalah berfikir bahawa tak ada persepsi negatif dari pihak yang tak dijemput. Dengan jumlah sedia ada, aku kira kami seramai lebih 20 orang akan hadir, tidak termasuk jika setiap pasangan membawa anak-anak. Janganlah pihak perempuan kecil hati atau rendah diri kalau tetamu melimpah sampai ke koridor. Hendaknya biarlah semua pihak gembira dengan berlangsungnya majlis ini........................

Sunday, February 15, 2009

Kak Ros

Aku jumpa Kak Ros, beberapa kali tapi tak minat nak bersembang. Sekadar hantar dan ambil baju sahaja. Tapi entah kenapa Jumaat lepas tergerak hati nak bersembang lama sedikit. Aku duduk di hadapan Kak Ros sambil melihat dia bekerja. Kak Ros bercerita pada aku tentang ujian yang dihadapi dalam berniaga. Kata Kak Ros kalau tak kuat memang sudah lama tutup kedai. Tapi dia percaya rezeki Allah yang beri, yang penting kita mesti tahu di mana kunci itu. Aku kata aku pun tahu kunci itu, tapi sejauhmana kita mampu melakukannya dengan ikhlas dan tawaduk. Kak Ros sangat bahagia, dia rasa seperti sedang bercinta. Aku senyum sahaja. Beruntungnya Kak Ros dapat merasainya dengan begitu mudah. Sikap Kak Ros yang kuat dan tabah dicemburui anak perempuannya. Sehingga satu masa sang anak berdoa dia mahu jadi seperti mamanya. Dia meminta tuhan tunjukkan padanya. Dan dia bermimpi. Dalam mimpi itu, dia melihat mamanya bagai penghulu (imam) dan di belakangnya ada barisan saf yang mengikuti mamanya berzikir. Sang anak duduk dibelakang sekali. Dia tak dapat ke saf hadapan kerana tak ada tempat untuknya. Tapi sang anak sempat bertanya dua orang wanita yang berada di belakang kiri dan kanan mamanya. Kedua-duanya memperkenalkan diri sebagai Siti Sarah dan Siti Fatimah. Semasa Kak Ros bercerita tak semena-mena air matanya mengalir. Cerita Kak Ros tentang mimpi anak perempuannya itu buat aku terpegun. Berapa ramai dari kita bisa mendapat mimpi begitu??? Dan kalian boleh mendugakah siapa Siti sarah dan Siti fatimah itu???

Tuesday, February 10, 2009

Kak Bi

"Akak ni, alhamdulillah...dah hari ketiga pakai tudung ni, cuma satu nilah yang susah nak tinggal lagi" kata kak Bi sambil menghembus asap rokok dan memandang wajahku melalui cermin bilik air.
"Alhamdulillah kak"
"Ah sapa nama u"
"Oh saya maiza"
"Ini kad akak, panggil akak kak Bi. Kalau jumpa kat mana2 nanti tegurlah ye, kot2 akak lupa"
"Terima kasih, maaf ye saya tak bawa name card"
Kami tersenyum....Inilah kali pertama kami berbicara, sebelum ini kami sudah pernah terserempak malah berpelukan dan berlaga pipi tanda ukhwah. Tapi belum sempat berkenalan.

Monday, February 9, 2009

Kak Yam

"U asal orang mana?"
"I orang sini, KL"
"Dah lama kerja kat sana?"
"17 tahun"
"Wow lama tu, family ada kat sinilah?"
"No, I'm alone" jawabnya nada riang
"What do you mean alone?"
"I tak ada family, I anak yatim piatu, tak ada adik-beradik and I'm not married"
Aku terdiam seketika, terbit rasa kagum pada dia.
Katanya, dia pernah melalui empat hubungan, semua berakhir dengan kecewa.
dan apabila dia pasrah, menjalani hidup dengan gembira, telah berjaya dengan kerjaya, muncul seseorang menagih cintanya.
"At my age, kalau tak kahwin pun I tak kesah, I'm independant, I ada apa yang I nak. I'm happy. Really I'm happy with who I'm, with my life. This is me. Tapi kalau I berkahwin, not really because I need a man in my life but, menyempunakan sebahagian daripada kehendak agama Islam, iaitu berkahwin".
Dia memberikan name card padaku. Aku baca nama dan jawatannya.
"I'm sorry, I didn't bring my card, I datang sini solo, I only bring myself. Only me. Anyway nice to meet you, hope we can communicate later. Maybe through email?"
"Yes, I love too"
Kami berjumpa pertama kali sewaktu sama-sama lunch dalam bilik VIP. Huh??? Aku juga hairan bila menerima jemputan itu. Sebab aku datang senyap2, tak ada orang kenal aku. Dan tentulah ke mana pun aku pergi, tak pernah membawa title itu. Hm...marketing strategy??? Apa-apalah..dan Kak Yam juga menerima jemputan yag sama. Di situlah kali pertama kami berjumpa.

Sunday, February 8, 2009

Amelia

Sewaktu aku hendak mengambil kopi, tiba tiba bahu aku berlanggar dengan seseorang. Kami berpandangan, tiba-tiba dia menjerit Kak! Dan terus memeluk aku. Aku ingat wajahnya, tapi tidak berapa ingat namanya…..

******************************************

8 tahun dulu.

Bila bos aku katakan kami perlu seorang staf melayu untuk menjadi penyambut tetamu. Dia minta bantuan aku. Pada hari yang sama sewaktu balik kerja aku singgah di sebuah pasaraya tak jauh dari rumah sewaanku. Aku terpandang wajahnya, entah kenapa aku jadi suka pada pandangan pertama.
“dik dik, adik nak tak cari kerja lain?”
“kerja lain? Kerja apa?”
“kat opis akak nak penyambut tetamu, adik nak cuba pegi interview?”
“Saya tak reti kak, boleh ke saya ni?”
Esoknya aku temui Amelia sekali lagi di pasaraya tempat dia bekerja, dan dia menyatakan persetujuannya. Kami berjanji untuk bertemu di bus stop supaya dia boleh mengikut aku ke pejabat pagi itu. Dan Amelia telah diterima, kerana dialah satu-satunya calon yang ditemuduga, purposely memang nak ambil dia sebenarnya. Dan disitulah turning point dalam hidup Amelia.
Amelia kala itu 18 tahun, baru tamat peperiksaan SPM. Seorang gadis naïf. Kami terpisah lantaran tuntutan masa dan juga takdir barangkali. Bukankah setiap pertemuan itu ada perpisahan? Dan setiap perpisahan itu akan ada pertemua semula. Sekalipun kita mati dan berpisah dengan insan-insan yang kita sayangi di dunia ini. Kan kita akan bertemu semua di alam akhirat nanti?

Amelia atau amy gadis cantik yang berwibawa, bukan lagi gadis naïf yang aku kenal 8 tahun dulu. Masih belum berpunya.
“Cantiknya adik akak ni sekarang….Sudah berpunya?”
“Belum kak…tak ada orang nakkan saya”
“Adik akak belum kahwin? Hm…nanti mesti ada putera yang akan menyunting dia, insyaallah…” “Kakak? Sudah ada anak?”
“Hm…belum dik, kesiankan akak?” jawab aku nada bergurau.
“Tak apa kak, hidup kita bukan semata untuk dapat anak. Kita hidup ni nak dapat keredhaan Allah agar sentiasa dekat denganNya. Itulah kebahagiaan sebenarnya”
(senyum)
Amelia, patutlah hati aku memanggil-manggil mahu ke sana.

Thursday, February 5, 2009

Sejuk aircond

Aku buat komen dalam borang maklumbalas kepuasan pelanggan.
"sila kurangkan sedikit suhu aircond, ianya terlalu sejuk sehingga mewujudkan suasana pembelajaran yang tidak kondusif"
Staf komplain, depa tak layan. Jadi disuruhnya aku yg komplain, sebagai pelanggan.
Aku memang tak tahan sejuk. Lebih tiga jam aku akan mula rasa perut aku berputar, lapar dan loya. Kalau aku tak keluar juga dari suasana tu or find something macam minum air panas ke, sure kesudahannya migrain. Sebab tu aku tak tahan dok kat library lama-lama, terutama kat koleksi khas tu......itu sebabnya dah pegi beberapa kali, balik jer migrain. Adoilar....
Masalahkan diri aku? Sejuk pun migrain, panas pun migrain. Dan sebab tu la aku prefer pi sana takat hantar dan pinjam buku jer. Or lebih baik pi national library sahaja, kalau sejuk boleh gak pindah ke kerusi meja kat area luar.
Kat office pun sama, bila sejuk jer mula la aku tak boleh buat kerja, sorok tangan dalam poket baju sejuk. Hish! Nampak sangat aku tak sesuai dok kat negara empat musim. Tapikan masa kat Delhi dulu, time tu memang sejuk giler tapi boleh pulak aku tahan, mungkin sebab itu sejuk semulajadi kot, cumanya kulit aku habis gatal-gatal. Bermasalah betul perempuan sorang ni!

Tuesday, February 3, 2009

Nak buat apa pergi?

Dia tanya aku sebelum menyokong permohonan cuti aku. U kan dah bagus. U are very hardworking. U dalam senarai yang akan cepat naik pangkat.....

ye la tu:)

Saya pergi untuk diri saya sendiri. I want to improve myself.

Bagus sebagai pekerja tak semesti bagus dalam hal-hal yang lain. Sedar kekurangan diri. Sebab tu aku nak pergi.

Monday, February 2, 2009


Teringat-ingat panggilan telefon malam tadi, jomla kita gi jalan-jalan….ha? Jalan-jalan? Yela kita gather-gather….kita kita je…macam orang bujang…(wah ini boleh disalah tafsir ni) Nak pegi mana? Dalam negara? Luar negara? Reunion tiga serangkai hahaha…dah setahun kami tak berjumpa. Kali terakhir berkumpul di rumah aku pada November 2007, tahun 2008 kami sibuk dengan peperiksaan masing-masing. Tahun 2009 mahu pergi bercuti??? Yay! Kecik honda city kapal terbang air asia hamba tadahkan hahaha….. Mungkin baik juga cadangan sahabat ini. Kami masing-masing sudah lelah dengan komitmen masing-masing, dan juga ujian yang tak putus kunjung tiba. Barangkali aku perlu sedikit ruang……komitmen pada tahun ini benar-benar buat aku senak. Hendak mengikuti kursus yang panjang, pastikan lulus 5 paper untuk confirmation, to achieve above and higher than KPI (teori bos aku kalau nak dapat 10/10) dan juga dengan pengajian sambilan yang aku namakan sebagai life satisfaction. Satisfaction sungguh! Lagi lawak kata nasihat seorang sahabat ini (mohon maaf ya) bak air yang sudah sampai di kepala….teruskan dayungan, jangan berhenti! Insyaallah……aku sudah tahu apa yang patut aku lakukan. Seperti nasihat Dr. K, you must get 360 degree feedback, baru lah ada reliability dan validity. Jadi walau pun aku tak berhasrat nak buat Phd. Aku dapatkan nasihat 360 darjah. Dan aku sudah jelas hala tuju kerjaya aku. Ia adil untuk diri aku. Akhirnya! Jomlah….

Aku gembira sebab hari ni banyak benda selesai. Hari yang memang melelahkan. Kata kanda penat melekor-lekor (mengekor-ngekor). Apa tidaknya dia terpaksa meneman umi survey/membeli barang hantaran untuk anakanda. Huh, perempuan kalau bab memilih tahu sahajalah. Tambahan pula ini kenduri yang terakhir, yalah…kot umi ni tak beranak beranak jugakkan…hehehe…

Aku, excited tak terkata…pilih sana pilih sini, tak puas hati. Dari Subang Jaya aku ajak kanda ke KL pula. Marah betul kanda, apa nak survey2? Beli sahajalah, tapi diikutnya juga. Katanya dia rela mengikut aku tapi boleh tak tidur dalam kereta sahaja? Aku ketawa sahaja, takkan tergamak kanda nak membiar aku seorangkan? Dapat semua yang dicari, aku puas hati…kata kanda tak payah bazir-bazir…eh eh! hantaran kita mestilah ada kelas jugak. Bukan nak menunjuk tapi untuk kepuasan diri. Aku, uminya, mestilah nak buat yang terbaik. Salah ke??? Hm…lagi sekali kanda angkat tangan. Hehehe…Tak cukup dengan tu aku tarik kanda ke kedai-kedai sepanjang jalan TAR, mencari tudung untuk aku pula, belek sana belek sini (muka kanda dah mencuka) akhirnya dapat tiga helai tudung ekin di Turkuaz. Harga di sini ,memang mahal berbanding di kedai lain, tapi melihat materialnya dan keselesaan memilih serta mencuba, tak mengapa bayar lebih. Hm…apa kata kanda?….dari tiga tu, satu abang sponsor. Satu je??? Hehehe….tak apalah…satu pun rezekikan?

Sampai rumah kepala aku berdenyut-denyut. Apa taknya hampir sehari kami merayap. Dari awal pagi sampai ke petang! Itulah you, I dah kata, lain kali nak shopping tak boleh lebih daripada setengah hari. Eh eh….Ini belum lagi kalau aku ikut menantu aku. Pagi2 keluar macam orang nak pergi kerja, balik sama macam orang balik kerja…ha…mahu terlopong kanda.

Pening tak hilang-hilang, aku memutuskan tak mahu layan kepala. Aku ambil air suam segelas, perahkan limau nipis…dan minum…sekali dengan ubat pain killer. Ralit memasak, denyutan perlahan-lahan hilang. Ini bukan percubaan pertama tau, kalau tak percaya cuba lah time sakit kepala, pergi masak kat dapur. Mesti lega hehehe…

Tengah masak-masak, tiba-tiba nama aku dipanggil, umi!. Si bongsu datang menyalami aku dan mencium kedua pipiku. Dan dituruti sikecil yang terjerit-jerit , wan! wan! Turut menyalami dan mencium tangan ku. Lantas pipi si kecil itu aku kucup. Meruntun-runtun hati aku. Damai sekali rasanya. Alangkah indahnya hidup ini kalau kita dapat hidup dengan perasaan hormat-menghormati dan jauh dari prasangka yang negatif. Alangkah indahnya hidup ini kalau kita boleh menyingkir semua perasaan yang tidak enak-enak. Tapi kita manusia biasa. Hati kita bukan seperti hati Rasulullah yang telah dicuci malaikat. Aku akui itu. Malah aku tahu keikhlasan aku mungkin tak dapat menembusi langit ke tujuh. Contohnya bila aku menerima seseorang dan berprasangka baik, tetapi balasan yang aku terima adalah sebaliknya, aku akan marah, dan kemarahan aku bukan seperti bom yang meledak. Ia umpama api dalam sekam….membakar perlahan-lahan. Selagi aku tidak dapat membetulkan fakta-fakta yang kamu salah sangka pada aku, maka selagi itulah aku akan terus berdendam. Jadi biarlah aku luahkan segera, jangan suruh aku simpan dan berlagak baik/alim, sebab kesannya mungkin lebih buruk. Aku tahu sebab aku dah cuba, memang belum pernah berjaya. Itu kelemahan aku.

Percaya atau tidak bila kita ada pasangan, kelemahan kita itu akan dilengkapi oleh pasangan kita. Bak kata kanda kepadaku, you completed me (itu ayat dia lah). Jangan harap orang lain jadi seperti kita atau boleh mengikut cara kita. Kerana yang baik pada kita belum tentu baik pada orang lain. Yang buruk pada kita belum tentu juga buruk pada orang lain. Hati dan perasaan kita tak sama. Setiap satu daripada kita adalah berbeza. Kerana kita membesar dengan latar dan persekitaran yang berbeza. Maka pemikiran, perasaan dan tingkahlaku kita juga tak sama. Aku, keras kepala dan pendendam orangnya (bintang scorpio). Adik kedua aku perajuk dan sensitif (sama macam kanda sebab bintang cancer) dan begitulah adik-adik aku yang lain…semua tak sama, sampailah yang ke lapan (bongsu) penyabar teramat orangnya.

Pernah semasa kami baru berkahwin, kanda tiba-tiba tak mahu bercakap dengan aku….dan aku tak tahu kenapa….dan aku tak bertanya. Sehingga esok pun kami masih tak bercakap. Sebab aku ini bukan kategori yang pandai memujuk, dan aku memang tak tahu nak berurusan dengan perajuk. Akhirnya aku marah pada kanda, kataku…boleh tak kita buat deal. Kalau merajuk jangan lebih setengah hari or 6 hours, sebab aku tak reti. Sia-sia saja dia buat begitu, lebih baik cakap sebab I’m really fail to handle this matter. Akhirnya sampailah hari ini, apa-apa yang tak kena kami akan komunikasikan dengan segera.

Kanda selalu ajar aku bahawa bagus kalau kita boleh gunakan kelemahan kita supaya menjadi kekuatan kita. Macam buat analisa swot. Contohnya sebab aku keras kepala dan tak mahu mengalah, maka aku boleh menempuh kehidupan aku sehingga sampai ke tahap ini. Mungkin kalau tanpa kelemahan itu, aku takkan berjaya seperti hari ini. Tapi itu kalau dilihat dari sudut positif. Kalau dari sudut negatif memang banyak . Bolehkah kita kikiskan sikap negatif itu serta-merta? Tentulah tidak…tapi sekurang-kurangnya kita kena berusaha. Aku? Hm….dulukan kalau balik kampung kanda takut tengok aku. Kata kanda aku macam harimau betina, huh…dasyat perumpamaan itukan? Tapi rasanya sekarang aku dah banyak dah berubah….. suara aku pun dah tenggelam dek suara emak…hahaha…PIKAH!!!!! Kadang-kadang kanda kata tak boleh tidur dengar mak jerit nama adik bongsu aku, yang penyabar teramat itu.

Seronokkan dapat menulis begini? Memblog adalah terapi aku. Ia medium yang sepatutnya digunakan secara sihat. Selama ini itulah diri aku, beginilah nada blog aku sepatutnya. Tapi tuhan itu takkan benarkan kita dalam zon selesa memanjang. Aku pulak sebenarnya sudah lama dimomokkan dengan keselesaan dan kebahagiaan. Sehingga aku sudah lupa macamana nak jadi Kak Long yang tabah, yang kuat dan sabar seperti dulu. Ya mungkin, kerana aku sudah lama dalam zon selesa, aku dah jadi manja.

Cukuplah setakat ini. Aku mahu menulis dan menulis untuk diri aku sahaja….semoga kita semua bahagia!

Sunday, February 1, 2009

sms emak

Sedang bermesyuarat di Kajang Khamis lalu, tiba-tiba sms masuk

mak : ngapang diulah, kada dangar khabar berita?
aku : sibuk kerja, esok kami balik

Jumaat, aku dan kanda cabut balik ke kampung...emak sudah rindu.

Tampat jauh lagi dikanang
Inikan pula tampat baudaq

Perjalanan jadi singkat...banyak sungguh cerita antara kami. Jarang kami dapat bersembang 4 jam non-stop. Moment-moment seperti ini amat berharga. Kerana di Kota Batu ini kita terlalu sibuk mengejar kebendaan. Sehingga kita terlepas banyak perkara, aku akui itu. Marilah kita kenangkan saat-saat yang indah sahaja.
Aku, Kak Long ingin belajar supaya menjadi orang yang cepat lupa (tidak berdendam). Kata Kanda, kadangkala nasihat mak ayah, suami, adik beradik atau kawan pun tak tentu dapat mengubah kita. Kita perlu third party iaitu yang tak kenal kita, yang tak menyebelahi sesiapa. Yang akan memberikan pandangan tanpa bias apa-apa. Tapi kita sendiri mesti jujur dan tidak perasan yang kita sahaja yang betul. Kanda kata ok, pergilah. Yay!Aku sms segera menantu aku. Ayah benarkan umi pergi!