Thursday, August 27, 2009

Salam Ramadan

Salam Ramadan untuk pembaca blog Kak Long.
******************
Ramadan tahun ni macam biasa, tapi kanda yang teruja lebih. Bayangkan lagi dua tiga hari nak puasa dia dah bawa balik buah kurma untuk diagihkan pada anak-anak. Sambutan hari pertama puasa pun meriah. Anak-anak dan menantu serta cucu semua berkumpul, di samping dua orang adik aku dan juga sorang anak sedara datang berbuka di rumah. Aku pun masak banyak sebab mengenangkan nak menjamu 13 orang yang nak berbuka. Masak simple tapi sebab makan ramai-ramai bersila tu yang seronok. Menu aku ketam masak lemak, sambal tumis udang, ikan siakap masak stim, telur dadar dan sayur goreng campur. Meriahkan??? Kuih-muih aku pesan anakanda beli jelah...tak larat umi nak masak banyak-banyak. Lepas berbuka kami solat jemaah ramai-ramai. Kanda sangat bahagia. Aku taulah sebab dia asyik kata abang bagi adik 10/10. Ceh tak abis-abis dengan markah dia....
*******************
Kanda juga dah sibuk buat penjadualan bila nak balik kampung aku dan balik rumah mertua hari raya tahun ni.....sabo jelah....tapi tahun ni giliran kampung akak.....huhuhu, mak dah booking suruh masak itu ini untuk juadah hari raya pertama, excited dia kan? Bukan apa pernah dulu dia missed 3 tahun aku balik kampung kanda berturut-turut. Masa tu, anakanda bungsu tak kawen lagi jadi aku kesian la....nanti dia nak beraya dengan sapa, mak dah tak de....ayah plak ikut umi balik kampung...kan kesian. Aku pun sedar, dan kalau aku kat tempat dorang pu aku akan sedih. Lagi pun bukan aku tak balik kampung aku langsung. Alah tiap bulan balik kampung apa, every raya ketiga kami dah ada kat kampung aku. Apa pun dalam bulan Ramadan ni kami tetap mencari peluang untuk balik kampung gak sebab nak berbuka dengan mak ayah...hmmm hujung minggu ni nak balik kampung mertua di Gemencheh, dan minggu depan balik Kuala Kurau!

1 comment:

GDIZ said...

selamat berpuasa..:)