Monday, September 29, 2008

Mood raya

Semua orang berada dalam mood raya. Agaknye. Tapi aku masih kat opis hari ni, menyudahkan kerja-kerja terakhir seorang Yang Berkhidmat Untuk Rakyat, hehehe....
Sabtu lepas balik kg mak mertua di Gemencheh, Nogori. Hantar mak dan bantu kemas-kemas sikit rumah tu. Kebetulan hari ahad anakanda berdua balik dengan keluarga masing-masing. Malam tadi kami berbuka ramai-ramai le anak beranak (wpun aku tak penah beranak lagi, nompang ajelah). Balong bermalam sehari dan pagi ini akan bertolak balik ke Jitra, rumah mertuanya. Si bongsu plak beraya di sanalah dengan kami. Aku dan kanda akan balik ke Monceh semula esok pagi. Petang ni kami nak dating, shopping last minute kat Jalan TAR, nak cari songkok kanda sambil berbuka di luar. Sejak awal ramadan kami tak de peluang pon nak berbuka di luar so, harini nampaknya, hari ke29 ramadan...dapat jugak akhirnya kan.......
Semalam dek kerana kerajinannya kanda mengemas bilik kami yang jarang-jarang dijengah kat rumah mak, dia telah terbuang compact powder MAC aku yang baru beli last week. sikit2 hangin akak, tapi sebab puasa ni sabo jelah..... nak marah pun tak guna sebab dah masuk "telaga buruk". Dah bakar pun. Dia kata benda tu hitam, bulat macam bekas kosong jer....ingat bekas apa tak pakai dah. Cehh itu casing refill la.....sengaja beli yang refill punya murah sket. Malam tadi gak die ganti balik, kasi aku RM130. Huhuhu.....nasib ganti.............
Oklah, nak siapkan kerja dan nak tunggu kanda kat opis. Petang ni kanda akan menempuh pengalaman baru, naik train sorang2 pertama kali , huhuhu.......

Friday, September 26, 2008

Jika ada menyentuh sensitiviti sesiapa,
jika ada terover,
jika ada tersalah kata,
jika ada tersalah bahasa,
jika ada tersalah eja,
pohon ampun dan maaf.
Sesungguhnya di kanvas maya ini,
kita berkenalan,
berhubungan melalui komentar,
meski tak pernah bersua,
meski tak kenal secara nyata,
tetapi pasti ada yang tak terlepas,
dari melakukan kesilapan,
samada disengajakan atau tidak.
Semoga aidilfitri yang bakal menjelma,
akan meyebarkan sinar kebahagiaan,
buat kita semua.......
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
DARIPADA KAK LONG SEKELUARGA

Thursday, September 25, 2008

Kad raya

Tahun ni tak banyak kad raya aku terima, sebab orang sekarang lebih suka sms atau antar kad raya virtual thru email segala. Aku plak, memang ada la kad raya yang kanda dah cetak khas untuk kami berdua. Kanda memang antar kad tu kat kawan2 dan klien dia. Aku plak tak berapa nak selesai pakai kad bertitle nih.
Oh ya pagi tadi kaki aku krem, semalam penat berjalan kot menyusur Jlan Ampang ke Corus Hotel. Ada meeting kat Menara BSN jam 5.00, tapi sebab orang HQ lambat sampai sebab hujan lebat maka meeting hanya mula jam 6.10 petang. DDE Exit Meeting. Aku plak sebelum jam 5.00 dah sampai, takut jalan jam. Jenuh menunggu team yang lain dan board sampai sorang-sorang. Jam 7.10 malam baru meeting abis, pastu kami pun berjalan ramai-ramai, jam 7.30 baru sampai kat hotel. Otw tu sempat singgah kantin BSN yang dah tutup tu, ambik air tin sorang satu buat syarat berbuka.
Nilah 1st time aku berbuka tanpa kanda dan diluar, tak best. Tak sedap pon makan bufet nih. Agaknya dah hujung2 ramadan selera dah kurang. Balik rumah aku lapar balik sebab aku tadi tu cuma makan sayur2 dan ratah lauk sikit2. Jam 11 malam ntah mimpi apa aku masak spagetti, hehehe....lapar beb. Banyak lagi kuahnya, nanti berbuka boleh rebus lagi spagetti balance semalam dan panaskan kuah tu.


p/s : terima kasih dekat sahabat seorang ini kerana mengirim kad raya dan duit raya ,hehehe (ke tersalah taruk?)

Wednesday, September 24, 2008

Bonus

Yezzaaa
Gaji dah masuk. Bonus pun dah masuk separuh. Walaupun tak boleh menandingi bonus yang diperolehi oleh pekerja swasta, tapi syukurlah.....ada gak rezeki akukan. Alhamdulillah.
Tapi tahun ni aku dapat dua bonus. Dari majikan dan dari kande. Sebab kanda kata tahun ni prestasi aku bagus so layak dapat bonus. Last year pun dapat, tapi tahun ni naik sekali ganda lagi. Oh ya, setiap hujung tahun juga kanda akan review performance aku untuk tentukan berapa kenaikan elaun bulanan yang aku patut dapat. Tapi aku tak pernah kesah semua tu dan tak harap apa-apa pun. Aku dah cakap kat dia, kalau bagi aku ambik, tapi nama nak mintak takdelah........Aku ni sedarlah sape diri aku. Aku tau di sebalik diri aku, aku tak sempurna, sangat2 tak layak dapat award apa-apa pun. Bagi aku dapat menumpang teduh, ada orang jaga pun dah cukup bersyukur dah. Tapi memang aku terharu dan sedih bila kanda kata dia sangat2 menghargai aku dan segala yang aku lakukan untuk kebahagian dia dan keluarga. Kata kanda jangan ingat dia tak sedar tentang segala pengorbanan aku selama ni, dan ianya tak dapat dibalas dengan wang ringgit, tapi sebab adanya wang ringgit tu, maka itulah cara dia nak tunjukkan penghargaan tersebut. Sedih aku dengar dia cakap macam tu.
Apa pun sempena ramadan ini aku harapkan bonus yang sangat aku inginkan selama ini. Tak henti2 aku berdoa, meminta dan meminta. Hampir setiap sepertiga malam. Mudah-mudahan ada rezeki untuk aku. Insyaallah.

Tuesday, September 23, 2008

Bahagian masing-masing

Baru-baru ini aku bercerita (bergayut kat tepon) dengan my doughter inlaw, lama jugak lebih sejam kot. Tentang sedihnya hati dia bila berbicara dengan emaknya, about bahagian hidup masing-masing. Aku tak nak describe la apa bahagian dia, sebab terus terang cakap la dulu2 aku selalu anggap dia sebagai orang yang beruntung. Bagi aku hidup dia perfect, dia bertuah sangat hingga kadang2 aku cemburu (ada ke patut cemburu dengan menantu sendiri). Tapi hari ini bile mengenangkan badai yang melanda hidupnya, dan seperti kata emaknya sendiri, itulah bahagian masing-masing. Redha sahajalah. Banyakkan berdoa moga2 tuhan akan memberi jalan, akan memberikan cahaya. Sebab kita tak tahu mungkin dia akan beri sesuatu di masa hadapan di atas sesuatu yang diambilnya sekarang. Macam yang aku katalah sebelum ni. Dalam hidup kita takkan dapat semua yang kita mahu. if kita dapat sesuatu kita pun akan terlepas juga sesuatu. Macamtulah lebih kurang.



Bercerita tentang bahagian-bahagian ni, aku rasa Ramadan ini memang indah. Sebabnya aku mula menerima bahagian aku dengan tangan terbuka dan penuh redha. Mudah-mudahan bukan Ramadan ini sahaja tapi sampai bila-bila.



Sepanjang bulan ni mak mertua tinggal dengan aku. Ini pun satu bahagian jugak. Bahagian menjaga mak mertua. Mak aku ni masa sihatnya sangatlah rajinnya. Mak tak cerewet, malah baik hati dan sangat sporting. Tapi ciri2 kampung mak masih utuh. Mak melayu kampung tipikal tapi berfikiran terbuka dengan anak menantu. Tu yang buat aku rasa bertuah dan bersyukur. Sekarang mak dah tak boleh buat apa2. Dah tak larat. Sekadar berjalan perlahan-lahan bolehlah, tapi nak masak makanan sendiri, nak angkat pinggan atau mug pun tak berapa nak larat. Cuma bila mak tinggal dengan kami, kami macam patah kaki. Sepanjang Ramadan ni, kami tak pernah berbuka di luar. Malah sebelum ni pun bila time mak stay kat rumah kami, kanda kena balik setiap tengahari untuk hantar makanan tapau untuk mak. kami jugak susah nak ke mana-mana sebab mesti ada orang teman mak. Tak boleh tinggalkan dia lama-lama nanti makan minum dia sapa nak jaga. Itu buat kanda dan aku risau. Sebab kami ni selalu balik lambat dan kadang2 outstation. Adik ipar pulak tak leh memandu, itu pun satu problem jugak. Kalau jadi apa-apa, nak pegi beli barang ke, pegi klinik ke at least senanglah dia boleh drive.



Kanda mula risau bila memikirkan what if mak nak duduk lebih lama dengan kami. Aku kata aku tak kisah. Nak duduk dengan kami sampai bila-bila pun tak apa. Cuma adalah yang kami kena korban sikit. Aku tak suka nak fikir kehadiran dia di rumah kami satu beban. No. Itu tanggungjawab. Tak kira la mak mertua atau mak sendiri, sama sahaja. Ini bahagian kami, kena jaga mak. Aku kadang terfikir, esok2 aku dah tua ntah sapalah nak jaga. Anak dah le tak de. Anaktiri takkan sudi nak tumpangkan aku. Masa ayah dorang ada ni oklah kut, esok2 tak taulahkan. Haissh, jauh benar fikirnya. Ntah umur panjang pendek pun tak tau lagi.



Dek risaunya kanda hal-hal ni, dia mula la fikir macam-macam. Hm, camana yek? nak ambil maid, kat mana plak maid nak tido. Semua bilik dah occupied. Infact mak aku pun tido kat ruang tamu. Sebabnya dia tak larat nak naik tangga. Bilik bawah anak bujang punya. Ada juga sesekali dia dipimpin naik tangga tido kat bilik atas dengan adik ipar. Tapi dia lebih selesa tido kat bawahla. Itu pun buat kanda tak selesa. Macam tak eloklah bagi mak tido kat ruang tamukan. Walaupun dia tak kisah, tapi kami kisah. Kanda harap adik dia akan pindah, so mak boleh duduk dengan dia dan kami carikan maid. Bukan kerana kami tak nak mak tinggal dengan kami tapi sebab risau tak de orang jaga mak masa kami pegi kerja.



Habis2 pun aku cakap kat kanda, besar pahalanya jaga mak. dan lagi, adik perempuan yang belum berkahwin adalah tanggungjawab abangnya untuk take care. Kanda kata yelah, yelah memangla tanggungjawab dia tapi kalau keje manager gaji beso, nak tanggung jugak lagi kerr??? Well i have no answer for that. Bagi aku, rezeki ditangan tuhan, satu kita beri berganda tuhan akan bayar balik. Setakat ni tak kurang pun rezeki aku, Alhamdulillah.

Monday, September 22, 2008

Home Sweet Home


Jom ikut Kak Long balik kampung.........ikut Lebuhraya Utara Selatan, pemandangan memang cantik tembah-tambah bila dah dekat sampai Ipoh.
Melalui jambatan Kuala Gula nampaklah kuala sungai ni.....nilah kampung saye, Kuala Kurau...


Ada banyak sangkar ikan kat tengah-tengah kuala sungai tu......


Pemandangan bila meyusuri jalan kampung......

Jalan ni sempit, silap-silap boleh masuk dalam parit (tali air)

Welcome to my Home Sweet Home :)


Sambutan oleh bunyiwindchimes....sebab suasana nyaman dan berangin jer

Jom lawat sekitar rumak mak kite......

Topi ni untuk pakai masa nak pi ke bendang........


My collection...beli kat Bali......murah giler beb


Depan rumah, tempat Kak Long berkubang dengan adik-adik dan anak-anak jiran suatu ketika dulu. Kat titi tulah Kak Long membuat terjunan ala olimpik :) Akulah perenang hebat ituh!

Jom jengah koleksi mak pulak. Mak kata ini terapi. Kalau tak buat nih dia tensen jer (ayah le bagitau)








ha....ini plak koleksi ayah saye




....dan yang ni tak tanam pun dia tumbuh melata....gemuk-gemuk kangkung ni....tumbuh tepi bendang sampai menutup seluruh kawasan paya.

So enjoy tak kampung Kak Long? Itu belum pekena ikan sepat garing dengan sambal belacan mak lagi huhuhu....
Oklah, dapat balik semalaman pun dah best, sempatla jugak berterawih kat masjid kampung dengan mak dan ayah.
Tibalah sekarang masa balik...kami sempat singgah di Taiping sebab nak lawat adik bongsu yang belajar di situ..... Sekolah adik dekat dengan Taman Tasik Tepeng, sebelah dengan zoo Taiping

Inilah sekolah adikku. Dulu adik yang no 4 pun belajar kat sini jugak.

......best jer sekolah ni sebab pemandangan cantek berlatar belakangkan Bukit Larut...

.....masa form two Kak Long pernah berpidato mewakili daerah Kerian, kat sini la tempatnya. Dapat nombor dua jer.....


......so lepas jumpa adik dan hulur sikit apa yang patut, kami pun balik la semula ke KL....on the way kami singgah berbuka puasa di sini....hahaha, cuba teka di mana tempat ni....

Friday, September 19, 2008

JALAN TAR VS JALAN MASJID INDIA

Penatnya.....tumit den dah sakit...


Dapat sumer yang dicari. Tak de satu pon untuk diri sendiri, sumer untuk orang di kampung sane...ops...eh ada gak, refill compact powder MAC untuk aku hahaha...


Hm...yang ni nak bawa balik ke Perak esok. Tahun ni raya di rumah mertua dulu, so kenalah antar dulu apa yang patut kat omak den.


Tulah len kali jangan pakai tumit tinggi.....


Ini baru shopping fasa satu je tau...Minggu depan bila dah gaji nak shopping untuk orang kampung sebelah inlaw pulak...


Anak mithali....menantu mithali (perasan :D)

Thursday, September 18, 2008

Taring

tak sangka kau ni ada taring jugak ye....sekali
boleh tahan kau ni ada taring jugak ye...dua kali
sebab selama ni tak penah nampak taringkan? sebab aku ni the morning glory yang senyum saja, kononla
huh. tak normal la kalau aku tak reti marah
tak normal la kalau aku tak penah tinggi suara
Buat kerja macam hampeh, dua tiga kali asyik query legal document client, sebab every time HQ bagi latest update of the format....sapa tak profesional? mesti orang kata aku walaupun bukan sebab aku....
sebab aku yang terima, aku yang semak, aku yang terpaksa sign query letter. dah tu kalau dua tiga kali dok query pasal ada latest update format perkara ini boleh membangkitkan kemarahan rakyat, sapa kena. akula!!!!
yang nak mengadap depa adalah aku, nak mintak maaf aku, nak susun ayat indah2 suruh depa buat semula, aku! nasib baikla so far client aku sumer understanding, dan mungkin jugak aku pandai jual gula, mengayat-nyayat bagai.......
tolonglah, gue tak tahan buat kerja camni. bila la compeny aku ni nak stabil? reorganization, restructure, reengineering bla bla....ntah sampai bile cerita ni nak abis. pembaharuan memang untuk kebaikan, tapi prosesnya menyusahkan terutama bila ia tidak dilaksanakan dengan terancang dan demi memenuhi objektif satu satu pihak sahaja. politik!

Wednesday, September 17, 2008

Mari berfikir

even snow white and cinderella pun susah dulu baru senang... dan kisah depa habis sampai depa kawin dgn Prince Charming jer.. kisah alam rumahtangga depa?... mana ada story teller yang nak karang.. betui dak... entahnyer cinderella ngan snow white bermadu plak.. takpun.. cerai dan kawin ngan org baru.. kahkahkah -kaktiny


anda fikir bagaimana:p???


saya fikir hidup ni macam satu perjudian, hidup umpama roda dan penuh ketidakpastian.


kita hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan.

Monday, September 15, 2008

Kerja kerja, apa lagi nak cerita? Entry panjang nih...baca tau, story best punya

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam perpaduan,
Cewah....... cam nak bagi opening speech lak. hehe...dululah, aku selalu kena bagi speech bila attend function samada wakil bos aku atau program aku sendiri. Masa tu keadaan memang lain sangat. Bos akan wakilkan pegawai pegi meeting waima meeting tu yang chair dia adalah menteri. Masa tu aku berpeluang kenal ramai orang....dan mungkin sebab tu pun ia memudahkan kerja aku sekarang. Bos aku sekarang, hm jangan haraplah. Mana dia trust pegawai dia. Aku agakla. Atau pun dia tak bz sangat sebab tu la semua meeting wakil jabatan dia yang pegi. Yalah dulu dalam setahun kami ada lebih kurang 140 event (bayangkan! jangan tak bayangkan). Setiap hari ada meeting jawatankuasa event bagai....semua desk officer ada event masing2 nak kena handle bertindih-tindih dalam satu masa di beberapa lokasi. Bila nak meeting tu, sampai berebut bilik mesyuarat esp meeting tu ada orang luar atau agensi lain yang terlibat sama.
Dulu2kan kalau penat dan banyak kerja camana pun aku tetap enjoy. Kalau setakat balik jam dah masuk hari esok pagi tu biasa jer. Adik aku jadi mangsa esp masa dia tak de kuliah atau cuti. Aku angkut dia sekali jadi urusetia. Kadang hari cuti pon aku angkut dia pegi opis siapkan administrative programme. Huhuhu.....pastu aku kata kat dia...ha ambik masscom takkan tak tau buat administrative programme....aku ni budak business admin, cuma tau buat akaun, marketing bagai....hehehe
Yang teruknya (sekarang aku nampaklah kebaikannya) ada masa bila event bertindih, semua kena handle sendiri. J/Kuasa kecil yang dilantik masa mesyuarat J/K induk tu pun tolong last minute sebab depa pun desk officer dan ada event sendiri. Tapi kami dah faham dan tak kecil hati. Work hand in hand la...bila time hari jadi tu memang superb. Aku biasa kena arrange dari awal, buat kertas konsep, buat bajet, cari tempat, makan minum, peserta, jemputan VIP, cenderahati, transport...., sampai penyanyi dan penari pon aku cari (kalau yang ada entertainment la) pastu meeting dengan agensi2 yang nak minta tolong cam polis, dbkl, dan agensi2 berkaitan dengan event. Ni yang local program la, kalau yang international lagi haru. Kadang tu jadi pak pacak kat airport pegang poster nunggu delegasi pun aku jugak! Kalau 10 hari program tu, 10 hari la mengekor delegasi jadi LO (desk officer pon kena jadi liason officer). Balik umah tukar beg pastu pegi lagi.....masa tu aku kata kat diri aku, Ya Allah....apa nak jadi dengan aku nih....gila apa kerja macam nih??? berapa kali gak aku google internet dan newspaper carik keje lain masa 1st and 2nd year tuh.....pastu bila dah serasi aku enjoy jer keje tuh.
Kalau time dah dekat nak event tuh, last2 minute, mula la boss nyendeng, buatkan speech saya...oklah, pastu nanti bos yang satu lagi plak minta buatkan speech menteri untuk saya, pastu nanti mc cari aku mintak buatkan speech depa jugak, pantun pun aku kena buat, skrip doa pun kena buat. Apa ke AJK aku buat??? Taging kerusi J/K protokol aku, menu J/K makan minum aku. Sampai sticker kereta pon aku, poster banting banner pon aku.....Itu belum lagi cerita booking pokok2 bunga dari dbkl dan hahaha...booking tandas bergerak!!! Sudahnya event tu jadi cam aku punya sorang. Pada hari jadi tu barulah segerombolan AJK2 yang dilantik datang menolong. Macam aku cakap la depa pon ada event memasing, bukan salah depa pon. But it still superb on the dot of the day........Terus terang cakap, dah berapa kali masa event handphone aku hilang sebab dok jadi runner ke sana sini. Pernah satu hari aku sibuk dok organize satu karnival kat tasik titiwangsa, yang melibatkan ntah lebih 20 acara serentak kot (tak ingat). Masa tu semua orang tolong, superb kerja dorang semua. Lintang pukang aku berkejar ke kampus sebab petang tu ada presentation. Abis je presentation, aku terus cabut pegi kat lokasi semula. Kawan2 aku semua worried takut aku pengsan tengah jalan. Memang pun, kereta aku nyaris accident! Alhamdulillah, paper tu yang tak dak exam, aku masih dapat A-.
Bila dikenang balik itulah pengalaman yang paling berharga. Kerjaya yang menyimpang jauh dari impian malah bidang pengajian aku. Tapi memang best giler.....
Apsal cerita kesah2 lama plak nih (tak lama mana pon).Bukan apa tadi pagi sempat berYM dengan sahabat aku sorang ni, cam tensi je dia kena handle event....la, itu lebih baik dari gue yang kena hadap legal doc hari2, pastu buat financial analysis - yang formulanya haram aku tak hengat kena la bukak buku semula, study working paper, ntah apa2 berkurung dalam bilik tak hengat mende. Sesekali keluar lawat site, jumpa klien....boring ahhh....Aku rindu apa yang aku buat dulu.
Minggu lepas ke HQ opis lama atas jemputan persatuan pegawai2 minta aku bagi taklimat. hehe...cam tak caya jer aku kena bagi taklimat kat ex-boss aku, kira sifu akulah, the iron lady nih. Dok sebelah dia (chaiman) bagi taklimat kat pegawai2 kanan. Yang nak gelak tu adala pegawai dari negeri lain heran apsal aku plak yang bagi taklimat? Rupanya ramai yang tak tau aku dah blah. Rezeki gue bukan di sana lagi. Hari ini gue datang mewakili agensi gue loh....
Yang jemput aku tu, kiranya sekarang kerja kat department lama aku kat mont kiara. Dia naik pangkat dan jadi second boss kat sana. Dia kata kat aku, sayang lepaskan aku pergi....sebab sampai sekarang director sikit2 sebut ha ni datin ni expert buat ni, datin tu, datin ni. NGO pulak dok sebut nama aku....hisss asyik datin...datin....naik jeles kami. Hahaha......masa aku kat sana tak pula orang nak puji, masa dah blah...baru nak rindu-rinduan.
Aku cerita ni bukan nak bangga diri, bukan nak kasitau aku bagus. Tak bagus mana pun aku, tapi satu perkara yang aku sedar tentang kita manusia ni. Kita jarang nak hargai orang yang ada depan mata, bila dia sudah tak ada, baru kita nak sebut2 kebaikan dia....baru nak hargai segala...itulah kita manusia, termasuk peringatan untuk aku jugak!
Dan satulah hikmahnya aku kerja kat sana, dan kenapa aku kena handle program2 bagai nih...inilah sebab musabab berlakunya satu jodoh yang tak pernah dijangkakan. As kanda said, tempat tu hanya satu persinggahan untuk aku bertemu dia. Pehhh. Yela ada jugak kisah sedih sebelum dan selepas tu, tak nak sebutlah......(cerita yang baik-baik aje yek!)
Dua program yang significant menjodohkan kami:
Enam bulan aku kerja, aku kena handle Malaysia Singapore Youth Camp . Participant dia 40:40 , lima hari buat kat Penang. Program ni dah lama tak buat pasal Malaysia dan Singapore ada krisis time tu, krisis woodland lah, krisis air dan krisis ruang udara bagai.....So, it is a big responsible for me to make this event success, nak temukan dua menteri dari dua negara dan create gimmic ala2 activity yang boleh jadi cover story. Dalam dok sibuk punya arrangement, lagi tiga hari boss aku mintak tolong satu lagi, you pls jadi NL (national leader lor), sebab semua officer tak nak, dan bz. Wehhhh jadi NL??? Tak mo aku, aku tak sanggup, mana ada desk officer jadi NL serentak, nak mampos....tekanan gila time tuh, memang tekanan!!!
Pada hari jadinya...masa official ceremony, semua orang happy...menteri main volley ball, lepas tu naik kayak bersama. Muka depan punya cover story mory wehhh. Dan, akan kanda ku waktu itu orang yang aku "takuti" dan "segani" bertanya siapakah gerangan budak baru yang handle semua nih....so masa tu la dia first time tengok aku. Yela kalu nak kira berapa rangking jauhnya aku dengan dia, jauh banget...adalah tujuh lapan ranking kot (kalau dia tak perasan kewujudan aku dalam ribuan staf pon aku tak pelik) ahaks....dan lagi....story eh?
Bulan berikutnya masa ada satu workshop kat Korea Selatan, program ni pon aku kena handle. Bukan apa just arrange officer, flight schedule dan bla bla....tiba2 lagi seminggu, orang yang dah dipilih tarik diri. Sebab tak sempat buat country paper - alasan yang aku paling benci sebab menyusahkan aku tau tak??. Dan bos aku pon mengadap kanda bagitau dia nak aku pegi sebab aku desk officer. Nanti bila giliran kami jadi host country untuk next exchange programme plak, senang la aku nak handle sebab aku dah sampai sanakan. Kononla....Pastu kanda masa tu naik atas kat department kami, sembang2 dengan boss aku sambil pandang aku. Bos aku cakap, I nak antar dia. Oh...budak nih (kanda sekali lagi sedar kewujudan aku). So dalam seminggu tensi tahap cipan, sampai nak gaduh la dengan orang kat kaunter imegresen.....aku berlepas ke Korea Selatan berdua dengan sorang budak NGO nih dan dengan country paper yang aku buat satu malam jer....superb babeh! Cerita macam bagus! hahaha
Dan lagi.....ni story best sikit la kan....bulan berikutnya aku kena handle program nih, nama dia 3S (kiranya program integrasi antara benua la, Sabah, Sarawak dan Semenanjung) program ni memang buat aku serabut, sebab aku sorang jer yang handle (lain2 diuruskan negeri yang berkenaan) tapi overall aku kena supervise lakan. Dua minggu menjelajah 3 benua, dengan institutional visitnya, homestaynya, cultural programme nya, dan reakreasinya. Memang best...semua 40 orang peserta dari seluruh mesia.... Masa mula-mula buat site visit dengan director aku sblm actual programme tu, muntah2 la aku naik landrover sampai ke Ranau, depa ni drive macam pelesit, terhenyak-henyak aku dah sejuk giler lagikan (akak orang kampung kira kolot sikitla). Apa kaitan dengan kanda eh? Oh ye aku kena buat buku program. Dalam tu ada la senarai nama peserta dengan biodata segala dan juga aktiviti kami sepanjang 2 minggu. Aku dapat bajet bagus punya, sebuah buku dalam RM27 wehh. Aku ni jujurkan, aku guna la semaksimanya, tak dak mark-up okeh, akak orang yang telus dan tulus. So rega dah mahal kena la buat cantek2 kan. Jadinya aku pon pakat dengan budak opis aku jom kita pi shoot gambo DG kat bilik dia. Untuk ruangan mesej la....kononnya. Aku pi ketuk bilik dia minta izin nak buat photo shoot, budak opis aku nih jadi cameraman, aku soh kanda posing kat meja dialah, kat pintulah....(yang ada signage nama dia tuh). Suruh dengan sopan okeh! Tapi sampai sekarang kanda dok ngungkit, you memang berani mengarah-ngarah I! Budak ni memang nak kena nih....hehe...memang kena jadi bini dia beberapa tahun kemudiannya. Mana aku tau nak jadi camtu!!!

Sunday, September 14, 2008

Salam berhari minggu!

Hari ni memang tak ada apa nak buat. Aku menonton TV lepas sahur sementara menanti subuh, jam 7.00 pagi aku tertidur semula, jaga je tengok jam dah 10.00 pagi. Huish, tak penah dibuat. Selalu hari cuti kalau aku sambung tido paling lewat pun jam 8.30 dah bangun. Tak leh tido lama sangat, pening akak.
Semalam rumah aku meriah sekali lagi, semua isirumah ada kecuali adik ipar yang balik ke Melaka nak ambil barang yang tertinggal masa pindah hari tu. Si bongsu datang dengan hubby serta si cilik irfan. Anak sedara kanda yang belajar kat uitm pon datang, tapi dia tak bermalam kat rumah kami, dia ikut si bongsu balik ke rumah dia lepas berbuka. Riuh rendah rumah aku dengan kerenah si irfan yang lasak tuh. Penatlah si atuk mengejar. Hehe....praktis bang...jangan tak praktis.
Semalam aku masak simple aje sebab dah dua minggu puasa nikan, selera makan pun dah kurang. Aku masak mee kari, pastu buat sambal ikan bilis+petai dan goreng sawi aje. Anakde datang bawa lauk-pauk dari param. Adik aku tolong buat bubur puteri mandi...mm...nyum nyum........
So, boring ni, apa nak buat? nak mengemas, alah...apa sangat nak kemasnya. Pagi tadi aku dah menyapu dan mengemop. Dah tak de apa nak buat. Nak mengadap asimen tak de mood la plak sebab tak de partner. Nak masak apa ye petang nih??? Dalam kepala aku terbayang sup petola taruk telur dan tauhu kering+ suun (betui ke eja nih) dan ikan kembung garing masak sweet sour. Lagi2? mengadap param gakle nampaknya.
Muhasabah
Bulan ramadan ni...memang aku kadangkala agak emo. Bukan apa, memikirkan diri aku yang semakin hari diuji dengan pelbagai perkara, rasa betapa kecilnya diri ini. Dulu ujian semasa susah, sekarang ujian semasa senang. Ujian masa sihat.....Kalau kita rasa kita ni jenis yang beriman, maka akan ada ujian lagi dan lagi.......jauh sungguh diri aku sudah pergi.....sampai di sini ujian masih tak pernah henti-henti. Kadang aku kalah. Kenapa kita kalah walaupun kita tak menginginkan begitu?
Kadang-kadang semasa solat tak semena air mata aku mengalir. Malahan acapkali tatkala melafazkan Zikrullah, hati aku bergetar, serta-merta air mata aku mengalir. Lemahnya aku menghadapi ujian tuhan. Jauhnya aku dari redha. Muhasabah diri tak pernah henti, tapi aku masih tewas.
Belajarlah Kak Long, kerana setiap hari apa yang kau lalui adalah pelajaran yang amat berharga.

Friday, September 12, 2008

Gastrik

hari ni gastrik. kenapa selepas 12 hari ramadan baru nak kena gastrik? aku tensi eh? ntah. apa pun puasa masih diteruskan, masih boleh bertahan, Insyaallah.
semalam bergayut lama dengan kawan aku sorang ni. kesian dia. blog pun terpaksa ditutup sementara. Apa ke bodohnya HR kat tempat dia. tak dibenarkan blogging sebab mencemar imej syarikat? Eh, bila plak kawan aku ni mention nama company dia, nama boss dia atau jawatan dia kat blog??? ada korang penah baca???
Oh, sapa punya angkara? ada la dia suspek sorang dua, tapi dia tak nak tahu sebab katanya takut nanti jadi dendam. kalau dah dendam nanti jadi gaduh, susah!
Aku kata buat dek ajelah. Namanya manusia memang biasala PHD ni. tapi tentulah sedih sekiranya orang yang PHD tu orang yang kita selalu tolong, orang yang kita selalu belanja, orang yang kita anggap kawan yang disayangi. Kan? benda macam ni tak elok ungkit, karang hilang plak pahala, macam tak ikhlas plak selama nikan? tapi kalau dah madu dibalas tuba, nak tunggu apa lagi. tell them boleh blah la.
Oh ya lagi satu. Ini sekadar nak bagi contoh saja ok!!!
Kalau kat dalam blog aku kata aku orang yang paling malas masak dalam dunia ni, korang percaya ke? takkan nak puji diri sendiri plak. hakikatnya aku sangat rajin masak, cuma kat rumah kami jarang dapat berkumpul, masak bazir jer, kalau setakat aku dengan hubby baik makan kat luar. Dulu aku memang rajin masak. Kelas malam 5 hari seminggu (Mon - Fri) tapi aku sempat lagi balik rumah, selalu aku sampai rumah jam 6.00 ptg. masak laju2, hidang dinner kata meja (at least 3 lauk) dan baru bersiap pergi kelas. Kelas aku start jam 7 mlm, tapi aku selalu sampai jam 7.30 malam yang mana depa dah break solat maghrib dan aku missed 1/2 jam pengajaran. So? adakah aku orang yang paling malas masak dalam dunia ni? Ini blog la...alam maya, bukan realiti. Tulis pun untuk tujuan yang berbeza. abih blog Tun Mahathir tu? mencemar nama Malaysia ke kalau satu dunia baca? Tak pulakkan? Sajala aku nak bagi contoh.
lagi contoh..........
DAN, kalau ada orang kata dia ni paling suka mengular kat tempat kerja, takkan korang nak percaya bulat-bulat jugak? Come on la takkan orang yang suka mengular skor markah above 95% for performance appraisal every year? dan boss dia adalah orang yang paling top kat company tuh??? Apa dia dapat markah buta jeke? kerja dia tak complete ke? so? nak pegi buat audit????? apa yang korang nak cari ni? nak seksa sapa? nak nayakan sapa? ke suka-suka jer? main-main cam main pondok-pondok. hahahaha aku gelak sampai pedih perut ni woiii. betul la kata ady, HR dia memang bodoh la kalau benda cam ni pon nak jadi isu. audit dia pon cam tak de keje lain nak buat pi print entry blog orang......
anyway, yang sudah tu sudah la, aku quote balik apa yang AM depa kata. Sekian terima kasih.

Wednesday, September 10, 2008

Naik suara

Hati, sabarlah
Fikiran, tenanglah
Bulan ramadan ini banyak sungguh ujian
Ujian hati
Ujian fikiran


dan hari ini entah kenapa melihat longgokan fail di atas meja, aku nyatakan pada diri aku ok maiza let start, satu, satu....tak payah blogginglah. Buat kerja


dan saat aku dengan tenang cuba menyiapkan satu, satu kerja aku...ntah kenapa encek seorang ini sudah bikin aku, buat pertama kalinya menjawab dengan suara tinggi, sampai keluar bilik boleh dengar. Terkejut dorang


marah? bukan, tapi aku tak boleh terima cara dia bercakap stail mendesak dan menekan-nekan. tak boleh ke guna tone yang elok sikit. Aku fahamlah di sini semua orang banyak kerja, semua orang hadapi tekanan yang sama. "relaxlah"......itu jawapan aku. tapi tone aku pon melawan tone dia jugaklah. dan dia berlalu selepas aku berjanji akan beri apa yang dia minta.


hi.....beraninya awak, kata azie kawan aku.


boleh tahan jugak akak ni......, suara dari luar


memang aku ni always relax, cool dan tak suka marah-marah. tapi, ada tapinya. kalau the same thing repeated, mula la aku nak lawan tokey. Bos tak bos.


Mula la aku membebel sorang-sorang cakap omputeh kat dalam bilek nih....


nak reda perasaan akhirnya taruk entry barulah!

Tuesday, September 9, 2008

Yang aku rindu, yang aku tidak mahu


Membaca entry kak ina buat aku tetiba teringat masa silam aku.

Teringat kenangan indah rasa nak balik ke zaman silam. Teringat kenangan pahit juga kadang rasa nak balik ke zaman silam supaya boleh repair balik apa yang tak sepatutnya berlaku. Kalaulah kita tahu apa yang bakal berlaku di masa hadapan, tentu kita takkan berada "disini" kan? Kerana itulah sejarah sangat penting.

Aku selalu mimpi balik ke masa silam. Balik ke rumah buruk dulu. Balik bermain di sawah dan mandi-manda di tali air. Balik ke zaman kanak-kanak. Aku teruja dalam mimpi itu. Aku pasti dapat membetulkan balik apa yang tak sepatutnya berlaku. Hidup aku nanti pasti lebih baik, benarkah? Tapi dalam masa yang sama aku tak mahu berada di situ, aku mahu balik semula ke zaman sekarang kerana tak sanggup lagi melalui kesusahan yang aku lalui dulu. Aku rindu pada segala yang aku miliki pada hari ini. Sanggupkah aku melepaskannya semata untuk memperbaiki balik sebahagian kesilapan lalu? Rasanya tak sanggup lagi bersusah payah berjuang sebagai anak kampung yang serba kekurangan. Pada masa tu baru aku sedar betapa berharganya kehidupan hari ini. Aku dah ada hampir semua yang aku mahu. Walaupun bukan semua, yela kita takkan dapat semua. If u wins something, u will loss something too. Right?

Masa lalu…….seingat aku semasa aku kecil memang indah, kerana pada masa tu aku hanya kanak-kanak yang belum faham erti hidup ini. Tapi saat menginjak dewasa, segalanya jadi sangat payah. Banyak air mata yang tumpah.

Dan hari ini, banyak kekurangan yang aku lalui dulu telah berbayar, tetapi hidup ini masih payah. Aku masih menangis jugak. What is life?

Saturday, September 6, 2008

Masak sakan


Memandangkan aku adalah orang paling malas masak dalam dunia ni, jadi sesekali turun ke dapur, aku masak sakanlah. Pagi tadi aku bangun seawal 4.20 pagi, masak untuk sahur (yang ni malas ke tak wajib disediakan). Jam 5.00 pagi baru aku kejut isirumah bersahur. Lepas sahur aku memang tak tidur dah, so pagi tadi aku mengadap asignment my doughter in-law sebab dah janji nak bagi kat dia tengahari ni. Huhu...sokongan moral sebab dia baru sem 1, buat outcampus. macam aku dolu2.


Hari ni aku turun masak seawal 2 petang. Caya tak? Mula2 aku masak kuah laksa utara (laksa aku adalah laksa paling sedap di dunia ikut tekak aku huhuhu). Lepas tu aku masak kari ikan tenggiri taruk bendi dan tomato, masak sambal udang petai and stop, rehat. Penat wooo masak sorang2. Jam 5.30 aku masak nasi dan pegi bazar ramadan dengan hubby beli kuih2. Kuih wajib everyday ialah tauhu sumbat, yang kuahnya aku tak ambik sebab aku pakai kuah yang aku buat sendiri (nyum nyum kanda kata sodappp). Dah dekat nak berbuka barulah aku siapkan sayur campur goreng dan telur dadar. Pastu buat sirap+oren, dan bancuh milo untuk kanda.

So hari ni team berbuka ialah aku, kanda, bangah, banglong dan wife, mak mertua, adik ipar dan cucunda2 yang empat orang tuh.....Lauk dan kuih muih semua laku, tak membazir, Alhamdulillah. maklumlah aku kan malas masak, sebabnya kat rumah ni orang-orangnya jenis tak pemakan. Lagi pon dulu aku penah mogok tak masak dekat setahun adalah kot (masak time cuti jer). Peristiwa sadis, huhuhu tak mau ingat sakit jiwa jer.....


Seronok berbuka ramai-ramai ni. Meriah. Penat sakan kat dapur hilang bila tengok semua makan sungguh-sungguh.
Apdet terkendian, jangan marah kak ungku:D

Tauhu sumbat ala pasar ramadan, sos dia buat sendiri okeh...
tepung bungkus dan kuih cara pon made in pasar ramadan jugak

Sayur campur (kanda tak suka) dia kata sayur bandar tak reti makan sebab dia orang kampung. Dan lagi sambal udang petai, kari ikan tenggiri, dan laksa penang.



Cerita laksa penang :

Alkisahnya adalah orang tu yang berbuka nyer hari2 bufet kat hotel, amboi makkk hotel saja. jadi aku pon sms la tanya

"hari ni bufet kat hotel mana plak?"

dia jawab "kat Bluewave Shah Alam".

aku antar lagi,"nak makan laksa balik nanti singgah rumah, tapau"

Tetiba jer ada orang tepon "woi aku mai rumah hang sekarang boleh dak?" Huhuhu...dashat sungguh kefanatikannya terhadap laksa nih.

Maka aku pun tapaukanlah bekalan bufet ramadan untuk kawan aku sorang ni, yang kekdahnya on the way nak pi Shah Alam la, tapi masih ada di area rumah aku la kiranya. Termasuklah kek coklat yang adik aku bakar semalam, ada banyak lagik (kek coklat dulang kedua okeh, dulang yang pertama hangus huhuhu...jangan marah na)

"Woit hang takkan nak bukak bekal ni kat hotel?"

"Peduli apa aku" hahaha

Friday, September 5, 2008

Pagi Ramadan Yang Indah

Assalamualaikum.
Pagi ni indah. tapi kepala aku pening-pening sikit sejak sahur tadi. Biasanya aku bangun jam 4.30 pagi, masak apa yang patut dan jam 5 pagi baru aku kejutkan isirumah untuk bersahur. Memang tak tidur dah sebab jam 6.45 pagi dah keluar ke tempat kerja.
Semalam balik jer dari opis aku tunggu kanda kat umah. Lepas solat asar dalam jam 6.00 ptg kami bertolak ke Alor Gajah Melaka menjemput mak mertua dan adir ipar aku. Adik aku ni dah dapat posting ke KL. So pagi ni hari pertama dia kerja kat sini. Opis dia selang satu blok jer dengan opis aku. So dia tumpang aku pegi kerja, balik sendiri2 la sebab dia kerja bank balik mana tentu masa.
So buat sementera ni rumah aku meriah sikitlah sebab ada mak dengan adik aku nih. Tapi adik aku ni plan nak cari rumah sewa lain sebab barang2 dari rumah lama dia kat Melaka tu aku rasa adalah selori kot. Dia nak jual rumah kat sana dan start new life kat Key El gitu. Dan dia nak bawa mak mertua aku dok dengan dia. Biasala, mana2 mak pon lebih comfortable dok dengan anak pompuan berbanding menantu pompuan. Aku pon sama huhuhu. Anyway, aku menantu yang baik tau..........sebab tu mak aku suka datang umah aku huhuhu perasan!
Oh ya, adik aku ni single lagi tau, comel jer orangnya.

Thursday, September 4, 2008

Bila bendera berkibaran

Semalam:

Scene 1
aku : awak saya gtg. kawan ajak teman dia keluar
myms : oklah. jangan plak awak pegi makan t/hari
aku : hehe, tapi memang nak tapau pon
myms : hehehehe

Scene 2
tut..tut...(hp bunyi)
aku : hello......
sipemanggil : hello sayang....aaaak I nampak U, tengah pegang roti
aku : eh eh, mana plak.....(suspen : ish takkan dia nampak)
sipemanggil : pastu u berdua dalam bilik tu (azie : awak, saya keluar dulu)
aku : hahaha. U ni melampau la...I dah nak start kerja la (dia dengar sora azie ek?)

Scene 3
mamat hensem : heh apsal I ada bau nescafe hah?
Aku : (ciss, nyesal bancuh pearl cafe, lupa plak bau dia memang semerbak)


Di bulan yang mulia ini hendaklah kita menghormati orang yang berpuasa walaupun kita tak boleh berpuasa. Jika hendak makan/minum hendaklah secara sorok2 senyap2 dan memastikan bau2 makanan tak tersebar keluar :D

Wednesday, September 3, 2008

Tuluskan hati

Hati aku tak cukup tulus lagi. Sebab ada masanya aku akan sedih bila mengenangkan masa lalu . Aku kadang2 tak abis2 lagi menyesal, pelik la aku ni. Sudah-sudahlah tu Kak Long. Bukan salah kau pun. Ini semua aturan tuhan.


Ini penyakit yang aku paling tak suka. Penyakit sentimental kala sepertiga bulan nak mengambang. Mula la aku fikir macam-macam kemungkinan. Penyakit Kalau-Kalau. Kata sahabat aku seorang ini, Kalau-Kalau tu bahasa setan! Kalaulah aku dulu tak....tentu aku sekarang....isk...isk...pastu mula la jadi bintang ayer mata tak kira tempat.


Sekarang apanya? Sekarang orang tengok kau melangut. Kau dah tak sama level dengan rumput dibumi, kau dah berada di pertengahan puncak tak pun di kaki gunung. Yang pastinya kau sekarang memang dah berada jauh dari paras laut! Dah sampai sini dah.....nak nyesal apa lagi ni.......adoila, letih aku melayan minah sorang ni.


Gambaran wajah2 yang pernah hadir dalam hidup aku sesekali muncul. Dan aku benci. benci sebab apa? Sebab mereka semua yang menjadikan hidup aku begini? Bukankah aku patut berterima kasih pada mereka dan bukan membenci. Mereka semua telah mengajar aku tentang HIDUP. Ilmu yang tak ada dalam sukatan pelajaran kat sekolah mahupun di universiti.


Redha. Sukarnya menjadi manusia redha yang bukan sekadar redha pada kata-kata.


Sekadar catatan merapu. Jangan amik pusing.

Tuesday, September 2, 2008

Hari-hari yang penat

3 hari di rumah tak ke mana-mana, jadi suri rumah sepenuh masa untuk 3 hari penat giler. Kerja kat rumah tak penah abis. Aku lebih rela pegi opis la camni. Adoila........Kata kanda tak apa, semua yang aku buat dapat pahala, dan lagi duit raya tahun ni akan berganda-ganda. Eheh.....macam budak-budak plak digula-gulakan dengan janji duit raya.


Sejak dua minggu kebelakangan ni aku memang tak pedulik hal rumah. Malah meja study aku pon tak berkemas sejak exam aritu. Rak buku kat bilik aku bersepah dengan reta benda kanda, aku susun semula. Kain baju berbakul tak berbasuh, yang tak berlipat pun berbakul...So hari Sabtu aku clearkan bilik aku. Lega. Tapi adoila sakit pinggang aku. Especially bab2 basuh baju aku sendiri sebab aku basuh manual (pakai tangan la weh)


Hari Ahad, aku sambung plak mengemas kat dapur dan ruang tamu. Sesungguhnya lap habuk adalah kerja yang paling aku malas buat dan memenatkan. Sebab nak kena punggah semua barang dalam kitchen cabinet dan juga segala cabinet yang ada dan adeh.....lap habuk penat ooo. Pastu sengal tulang belikat aku berus toilet dan mop lantai. Ini kira mengemas habis-habisan. Kononnya la. Isnin, aku surennder. Aku tengok dinding kat dapur tu ada la kuning2 sikit bila aku langut sampai kat siling. Ini tak bleh jadi, kena panjat nih. Adoila....aku tak larat dah. Isnin, aku call cleaner opis lama aku soh datang. Aku surrender dah. Eheh....bak kata kak tiny, yang kau belajar pandai-pandai, kerja gaji banyak2 tu buat apa? (banyak ke?) Ada duit bayaq saja. Tok sah dok penat2. Hahaha.......