Sunday, August 31, 2008

SALAM KEMERDEKAAN

Kemerdekaan ini jauh dari sempurna jika ia tidak dapat dihayati dan dikongsi oleh kita semua.
Sama seperti sebuah kejayaan, ia jauh dari sebuah kejayaan yang sempurna jika ianya tidak dapat dihayati dan dikongsi dengan orang-orang yang kita kasihi dan cintai.
Merdeka hari ini, 31 Ogos 2008 sangat signifikan kerana esok kita akan menyambut Ramadan. Esok kita akan mula berjuang bagi memerdekakan diri kita dari hawa dan nafsu. Peluang yang Dia beri untuk kita menyucikan diri dan membersihkan hati, sekiranya esok kita masih lagi dapat bernafas, Insya Allah.
Salam Kemerdekaan dan Selamat Berpuasa. Semoga Ramadan ini kita semua dapat menikmati bahagia. Bahagia yang sempurna!

Friday, August 29, 2008

Pelangi



Hujan panas petang semalam mewujudkan pelangi yang cantek. Aku rasa lega sebab jalan tak jem lagi seperti hari sebelumnya yang mengakibatkan banjir kilat merata-rata sehingga rancangan kami tergendala. So Semalam sebaik sahaja habis meeting kira-kira jam 6.10 minit, aku bergegas balik. Tapi alahai...kusangka hujan panas sahaja rupanya sampai je kat depan istana hujan lebat la plak dah. Hampir jam 7.00 malam aku masih di lapangan terbang TUDM. Dan akhirnya aku merelakan sajalah KakTiny, KakUngku dan Ady pergi tanpa aku. Bukan rezeki aku. Ntah macamana, tetiba bila aku ambil jalan alternatif ikut Bdr Sri Permaisuri, cepat plak sampai ke rumah (tak la cepat sangat, sampai jam 7.30 petang gak. 15 minit mandi dan bersolat, aku siap-siap berkejar ke UM sebab depa dah sampai kat sana. Yes! Memang rezeki akulah. Kalau ikut kaki tak sanggup eden nak menokan podal motokar eden (motokar tu bahasa kanda hehe). Tapi demi mengenangkan tiket yang akan burn sia-sia jer kalau aku tak pergi, aku pergi jugak. Habis menonton lakonan Si Rudy "budak kena liwat :)" aku pun ajak depa pi makan. Tapi nak makan punya pasal kami melancong jalan-jalan cari makan satu Key El pulak dah. Meraban memusing ntah jalan mana2lah.....eheh, sapa yang lead sapa ntah? Anyway, aku enjoy lah sebab dah lama tak tengok teater. Lakonan pelakon-pelakon baru kena improve lagi terutama bahasa mata (eheh layak ke bagi komen). Cuma tipah tertipu dengan tajuk "dua jam sebelum" yang membawa maksud apa....hahaha. Oklah tu. Makan kat Tupai2 memang best (tempat jela yang best-makan biasa jer). Aku dengan kanda pon dah lama tak makan kat situ. Tengah dok makan2 ada la orang tepon dan cakap kawan I dah kena curi dengan kawan2. So I tak de kawan....keciannyerrrrr

Monday, August 25, 2008

Kehilangan II

Entah kenapa sejak dua menjak ni aku rasa serabut. Banyak sangat benda yang aku fikirkan. Sama ada terpaksa fikir, saja2 nak fikir atau tak mau fikir tapi asyik terfikir juga. Dulu aku rasa hidup aku lebih fokus. Aku fokus dengan kesusahan hidup dan fokus terhadap usaha membaiki hidup. 12 tahun adalah masa yang panjang. Aku telah bermula dengan kosong, meningkat ke beberapa tahap dan kemudian jatuh dan bermula dengan kosong semula, dan bangun lagi. Aku berjuang dengan gigih, dengan sabar dan dengan hati yang keras.
Hari ini aku sudah meninggalkan jauh kehidupan yang dulu. Dan sungguh, sukar sekali untuk mencapai tahap di mana aku berada pada hari ini. Tapi sayangnya aku seperti tak reti nak menikmati, tak reti nak menghargai dan seringkali berasa yang apa yang aku ada hari ini akan diambil pergi. Betapa rapuhnya keyakinan aku. Begitukah perasaan setiap orang yang pernah kehilangan seperti aku?
Barangkali inikah yang dinamakan proses kematangan? Dulu aku ekspresikan bebanan perasaan aku dengan sikap aku yang diakui agak negatif. Aku emosional, pemarah, cepat melenting dan agak kasar. Relevan dengan kehidupan aku di Kota Batu dan jerih payah yang terpaksa aku lalui. Mungkin ada orang kata, kenapa nak bersikap begitu, kita masih boleh melalui kehidupan ini dengan "be good" all the time. Yalah, cakap senanglah. Cuba kau hadapi sendiri.
Tapi hari ini, semua sikap2 itu banyak yang telah terhakis. Semakin baikkah atau petanda aku menjadi makin teruk. Kuat menjeruk rasa? Sesekali aku gagal mengawal diri, pun aku masih cuba dan cuba. Dan aku takut sekali sebenarnya. Sebab aku rasa aku mula bereksperesi dengan cara yang berbeza. Escapism.
Mid-term berlalu. Aku sangat kecewa. Aku telah cuba sedaya upaya aku. Aku tahu ini ujian kecil. Ujian besar pun aku pernah malah kerap gagal, apalah sangat ujian kecil. Cuma aku tak dapat terima kerana sepanjang hidup aku, satu-satunya perkara yang aku usahakan dan aku tak pernah gagal, satu-satunya yang jadi milik aku dan aku tak pernah risau kehilangannya, satu-satunya yang aku selalu cemerlang adalah pelajaran aku. My academic achievement, itulah satu-satunya harta mutlak aku. Dua belas tahun berjuang, berdikit mendaki anak tangga, satu, satu. Bukan senang aku nak sampai di sini tapi aku melangkah dengan gembira kerana aku tahu ia milik aku dan tak siapa bisa membawa ia pergi.
Tapi baru-baru ni aku tak dapat buat mid-term. Sebab apa? Sebab belajar last minute? Sebab tak fokus. Sebab dah jadi budak notty yang suka buat hal. Sebab gila kerja. Sebab marah dengan situasi. Sebab apa? Aku mula mencari-cari salah diri aku. Banyak sungguh kesalahan aku. Aku student yang malas. Aku student yang main-main. Padan muka aku.
Baca semula entry Kota Batu. Renung-renung balik masa lalu. Sejauh ini kau sudah berjuang. Takkan kerana paper statistic yang carry 30% tu kau nak frust tak tentu arah. Bukan. Bukan pasal tu aje. Ada banyak pasal-pasal yang lain. Aku rasa macam nak lari sekejap. Aku cakap kat kanda jom kita menjauh dari KL seketika, berkampung di Avillion barangkali? Dah lama sangat aku mengidam nak ke situ. Alah, u yang selalu bz, not me ok! Aku ke yang selalu tak ada masa?
Kak Long will never give up. She is so special as Kanda said. And because of her speciality, She has given an award. Many awards. Experiences.

Wednesday, August 20, 2008

Stayback 2

Semalam aku bergerak dari opis jam 7.50 malam. Cuaca baik. Kerlipan lampu2 cantek cam biasa. Sedap mata memandang. Patutnya aku nak stay lama sikit tapi si mamat hensem kata dia nak balik dah. Alamak, aku tinggal sorang. Tak sanggup aku. Sebelum dia cabut, aku cabut dulu.
Sampai rumah dah jam 8.20 malam. Aku cakap kat kanda dah lapar ni (mengelat tak nak masak macam biasa) so dia kata jom kita pi makan kat luar, yay!. Akulah isteri yang bertuah itu.
Balik rumah jam dah 10 pm. Aku pon dengan tekunnya mengadapla proposal aku yang kononnya nak email kat supervisor aku malam tadi gak, tapi cari2 ntah kat mana aku taruk buku nota yang ada email adress dia. Last2 aku tepon Tiny, dia plak keluar. Pagi ni dia janji nak sms kat aku tapi hampes betul, aku tertinggal pendrive aku. Cisss. Kat mana aku letak? Kan ke jam 1.30 pagi ala2 mamai tu aku dah letak dalam handbag aku. Janganla hilang atau tercicir benda alah tu. Kalau tak abisla aku, semua assignment masa aku buat degree dulu sampai la yang terakhir malam tadi ada kat dalam tu. Resah gelisah, tak senang duduk dah nih. rasa nak balik time ni gak cari benda alah tu.

Tuesday, August 19, 2008

Stayback


Ni antara sebab kenapa aku suka stayback kat opis buat kerja. Dari tingkat 9 aku boleh enjoy view kerlipan neon di waktu malam. Lagipun balik kang tak jem....20 min dah sampai umah. Kalau aku balik petang mahu sejam baru sampai ke BTS. Nak keluar dari pusat bandar boleh bikin aku hangin....pastu balik umah penat, malas nak masak (ehem, macam rajin masak). Hahaha.
Nampaknya hari ni aku terpaksa stayback jugak pasal aku dah amik study leave Khamis dan Jumaat ni. So kena siapkan kerja dulu baru bleh pi cuti. Study tu personal achievement, kerja ni periuk nasik aku. So...kena utamakan kerja dululahkan. Oklah nak sambung keje dah. Bubbaiii

Sunday, August 17, 2008

Cool 2

Memang cool. Best giler. Selamat berhari minggu!
Sahabat aku ni bagi tau dia dah jadi orang yang kasihan. Sedih plak aku. Sebab aku penah rasa apa yang dia rasa, malah lebih lagi, hampir membunuh jiwa aku. Sebab tu aku tak penah sebut langsung pasal history aku. Kecuali menulisnya sahaja secara senyap2, itupun untuk terapi diri, malu sebenarnya bila orang dah start kenal aku. Tak apalah lebih baik jadi orang yang kasihan daripada jadi orang yang notty macam aku :D
Jumaat malam Sabtu, mengikut Tiny ke Alamanda, berkenalan dengan Tokma, Ady, KakUngku, dan Alif. Aku sebenarnya tak pernah terfikir nak jumpa sesapa pun selama ni. Aku malu. Tapi apa salahnya memanjangkan silaturrahim dari alam siber ke alam realiti. Tak salahkan. perjumpaan yang happening. Lebih2 lagi sebab ada Tiny.
Semalam pulak aku spend time dengan dua orang sahabat aku ini. To MS, good luck for ur future. See u in Cambridge. Mungkin aku tak penah sebut. Sejak aku kat poli, cita2 aku nak further study kat Oxford, sebab aku jeles dengan anak sedara bos aku, Pn N. Dia buat LLB kat sana. Aku memang nak jadi lawyer asalnya. Pilihan kedua nak pi Cambridge, tapi semua tak kesampaian. Kalau universiti tempatan pon aku tak mampu pegi, apatah lagi ke luar negara. Bila aku dengar dia sebut Cambridge sayunya hati aku. Apa pun saya doakan awak bahagia dan berjaya. Yes awak akan jadi seseorang satu hari nanti. Take my word.
To Tiny, makasihlah sebab semalam temankan aku ke wedding abang Wafa. Oh ya tak sangka pulak dapat jumpa Abang Bear (Beruang Madu) kat sana. Aku ni jarang2 blogwalk. Tak semua yang sempat aku singgah, tapi ada jugak sesekali aku singgah rumah dia as a silent reader. Comel rupanya Abang Bear nih, memang macam teddy bear. Hehe.....
Balik dari kenduri rumah abg Wafa, kami singgah di Dunia Perabot, Tiny nak survey perabot baru untuk rumah dia. Pastu kami terus drive ke Pudu, amik mak dan ayah aku. Jalan jem giler. Hujan lebat tengah bandar. Suspen giler bila air naik atas jalan....aku takut gak kete aku sangkut, nasib la kete aku ni tinggi sikit. Penat kami tunggu kat situ, tapi masa sepetang tu memang bermanfaat sebab kami berpeluang bersembang panjang2, pastu gelak, pastu nangis. Nangis sebab sedih ada, sebab kelakar sampai tegang urat perut pon ada, HAUM....HAUM....Hancuss perempuan dua orang nih. Aku terus terang cakap dah bertahun tak pi Puduraya. Panas dan ramai orang. Maklumlah badan dah manja. Kami tunggu, dari jam 4.45 ptg sampai jam 6 petang baru parent aku sampai.
Best jugak sesekali dapat buang masa borak2 pasal hidup, pasal masa depan, pasal aspirasi (cakap pasal aspirasi ni, ada tak sesapa penah buat research dan guna any measurement instrument for aspiration? Kalau ada tolong bagitau, I need help on my academic research)
Hari ni, hari minggu. Bawa mak dan ayah ke wedding pakcik aku (sebelah perempuan di Jengka). Perkahwinan terakhir dalam keluarga mak. Pak cik aku ni lecturer kat UiTM Seberang Prai. Umur dia muda 3 tahun daripada aku. Dia pon pakai baJu warna merah hati sama sepesen baju Abg Wafa dan Mas. Nasib aku tak pakai baju kaler tu gak, kalau tak harus kena suruh pi jadi penanggah macam kat umah Abg Wafa . Hehe...
Oklah, selamat berhari minggu. Aku capek bangat nih....maaflah Tiny sebab tak dapat join gather jumpa Akak kat umah Tokma. Aku dah pancit.

Thursday, August 14, 2008

Cool

Hari ni memang cool. Tak tau pasal apa. Kalau nak ikut kerja aku melambak. Tadi pun seharian di MAHA 2008, bertugas. Asimen statistik ada 9, semua tak buat lagi. Asimen training design ada 2, pun tak siap lagi. Lawatan pemantauan bulan Ogos ni, ada lapan, baru dua yang aku pegi. Aku macam tak peduli jer. Research proposal yang aku janji nak email kat supervisor semalam, haram tak berbuat pun lagi. Tapi heran la, aku cool giler. Ke aku dah tak peduli? Haiyooo bahaya nih. Rasa betapa tak bertanggungjawabnya aku pada diri sendiri.
Kadang-kadang aku terfikir (memang tak baik fikir macam ni). Agaknya kalau aku ada anak macamana aku nak handle? Mungkin aku tak sambung study pun kot? Kerja baik2 dan jaga anak2 sudahlah. Bahagia. Sekarang? Inilah hidup aku, bz yang dicari, nak patah balik? Hoho cannot........duit aku dah habis dekat 10k pasal ni dah di sem 3. Kena berjuang jugakla sampai ke garisan terakhir iaitu naik pentas amik skrol sarjana aku. Lagi pun kalau aku sebut lagi nak berenti kanda kata dia nak rotan aku. Rotan???

Wednesday, August 13, 2008

Kehilangan

Aku letih sangat beberapa hari ni. letih dan sedih. Kalau Tiny letih berpindah, aku letih melayan amoi tui, hehe. Padan muka aku sampai hilang henpon. Otak masih jem. Tak boleh fikir. Tempuh sajalah. Walau macamana pun team ni memang best. Terima kasihlah semua. Tadi aku belanja dorang sumer makan pisang goreng dengan sambal kicap. Tapi aku yang makan banyak sekali. Layan tensen. Oklah. Aku dah selesai event. Sekarang boleh fokus pada kerja rutin. Dan baru nak mengadap assignment secara serius. Malam ni nak gi umah Tiny buat asimen kami yang datanya corrupted due to pirate SPSS installations (betui ke sebab ni?). Hahaha....gelak sajalah. Apa nak buat lagi, takkan nak mengamuk kot.

Monday, August 11, 2008

Terima Kasih Daun Keladi

Terima Kasih kepada Kamar, Mak su, Sepi dan semua yang mengirim hadiah melalui Tiny kepada saya. Mug tu saya dah bawak ke opis, dah guna pun hehe. Terima kasih semua. I love U all. Maaf tak dapat datang gather hari tu. Hidup saya agak kelam kabut lately ni......Insyaallah kita jumpa lain masa dan ketika. Kata orang kalau jodoh ada tak akan ke mana. Kan?

Friday, August 8, 2008

Nasib terletak di tapak tangan???

When I was in Delhi, I met this young lady who introduced herself as a social worker and later I was told by others, she’s public figures. She’s beautiful. I thought she’s an artist but actually she’s not. She has been appointed by the government of India as an ambassador for youth positive living. She had her own program in TV. Pengacaralah!

So, this beautiful young lady, whom I believed with beautiful heart too, sit next to me for the whole weeks and we had a lot of chat. I personally like her. So, here are the stories….

It started when we went for city tour. Well, there’s nothing to enjoy except heat and dust. And yes, the homeless is everywhere. They sang a song, sapa lagi kalau bukan lead by this Sarika yang bersuara merdu. Lagu hindilah weh. Lepas tu depa dok bising2 kat belakang, aku tak ambik pot. Until then, my Malaysian friend Guga told me that Sarika has read his passed life (he doesn’t want to know his future). So Guga was surprised that it was 99.9% accurate. Then apa lagi one by one tunjuk tapak tangan lah. Satu yang bagus tentang dia ni, dia akan tanya nak tau yang baik ja ka? Masa silam ke masa depan? And yes, she will not tell you something that others not supposed to know. Owh, you must see me, come to my room tonight. Ekeke….suspen la weh.

So, just for suka-suka I’ve tried. She holds my hand and tells about myself! My previous life, my experiences, “my recovery”, and “my character”. Aku tak cakap apa, tapi dalam hati memang mengiakan, betul apa dia cakap. She said that everything is in our hand. Sebab tu ada pepatah nasib terletak di tapak tangan masing-masing! Percaya? Aku tak tanya pasal future, tapi about my previous life. Tapi yang buat aku takut…bila dia tengok jari kelingking aku dia kata, this is not your ………... Please, aku tak tanya future aku. I don’t want to know! Dia juga kata aku akan ada anak, don’t worry. Satu atau dua. Oh my god, sebab tu la menilik nasib ni berdosa! Mana kita boleh tunggu takdir kita. Kita yang kena berusaha tentukan destiny kita. Kan?

Orang seperti aku, yang sedang membina keyakinan dalam perhubungan, takkan boleh terima semua tu. What is life? Takkan aku kena mula semula everytime I have reached my destiny. I shall continue, not to start again!

Well, akhirnya aku mengambil pendekatan begini. Padan muka aku yang gatai pi huloq tapak tangan aku kat dia buat pe. Dan apa pun yang bakal mendatangi hidup aku, aku redah saja. Kalau tuhan mahu uji aku lagi, aku redha. Kalau tuhan mahu beri aku lagi, aku terima. Dan yang penting aku teruskan perjuangan hidup aku tanpa menoleh ke belakang lagi. My past is my strange. Chaiyok!!!

Thursday, August 7, 2008

GUILTY

I felt guilty.


Semalam aku balik lewat. Dalam perjalanan aku senyum sepanjang jalan. Aku rasa cool. Kenapa ye? Perasaan aku pada masa tu cukup santai, bahagia barangkali. Aku rasa bersalah kerana aku tidak rasa bersalah.


Kanda masak untuk aku. Bila aku sampai rumah semua dah terhidang. Once in a blue moon! Okeylah...lauk-pauk kegemaran dia. Tapi sebab dia tau aku tak makan nasi malam maka dia tapaukan mihun tomyam kat aku. Tapi aku jamah juga nasi tu sikit. Bolehlah...not bad. Hehe, ada telur dadar, sardin masak lemak taruk kentang, sawi goreng berair dan ulam timun. Tak patut aku biar dia masak untuk aku. Tapi tak apalah, aku tak suruh, dia yang nak buat surprise kononnya. Thanks abang! Guiltynya aku rasa kat dia.


Malamnya aku layan cite korea lagi. Cite yang sama aku ulang part2 yang best, haishhh. Sebenornya memang syok nengok si Dennis Joseph O'neil senyum. Nak tengok banyak2 kali. Aku rasa bagus juga bila aku dah mula menahan mata tidur lewat. Because I need that as my new routine gitu. Tahan mata. So sejak hari ahad haritu aku tido jam 1 - 2 pagi. Ni kira insaf sikit. Kalau tak dulu aku tak tido langsung sampai azan subuh berkumandang! To be frank aku selama ni mana nak tido lewat. Kadang jam 10 atau 11 mlm dah tido. Aku bukan student yang rajin study atau stay back buat assignment memalam buta ke subuh. not me ok! But aku perlulah buat cam tu sekarang ni sebab aku banyak tunggakan assignment dan kalau boleh aku nak proposal aku lancarrrr jer sem ni. So sem depan terus buat jer. Insyaallah. Tima kasih kengkawan yang beri sokongan. Terutama untuk ms sebab tak henti2 soh aku buat assignment. Yelah awak, saya nak buatlah ni. Memang rasa guilty.


Anyway....patut ke aku tulis ni. Sape tahu tu tahulah. Let say sekiranya kita cuba lari menjauh dengan membawa rasa benci, atau cuba lari menjauh dengan membawa rasa sayang yang berkekalan. Manakah lebih baik? Sebab bila kita cuba menjauh, tapi masih sayang, ianya agak sukarkan? Kalau kita benci lebih mudahkan? Patutkah begitu???


Dan aku mendapati kebencian yang aku cuba bina sebagai tembok pemisah semakin menyedarkan aku tentang satu perkara. Kita patut mengasihi semua orang dan tak patut membenci sesiapa meskipun orang itu yang sedang kita cuba jauhi. Bak kata akak aku sorang ni, tak kira betapa banyak kekurangan seseorang, tuhan juga ada mengurniakan dia keistimewaan. Kita semua istimewa dalam lingkungan masing-masing. Aku istimewa, dia istimewa, kalian juga istimewa. Jadi menjauhlah dengan rasional. Jangan ada benci.


Semakin aku mengenali seseorang itu, semakin aku mendapati banyak kelemahannya, semakin aku rasa dia istimewa. Maksud aku sebenarnya it's good to know someone yang ada karakter berbunga-bunga (colourful). Tak adilkan kalau kita melihat kekurangan mengatasi kelebihan? Patut ke rasa guilty sebab tak jadi nak benci orang?


Nota : Terima kasih sebab cakap kaklong menawan (weh susah nak dengar, malah tak de orang penah cakap depan2 gitu) Hm....nice kalau ada orang boleh cakap baik2 dengan kita. Kita akan rasa nice jugak. Terkenang-kenang gitu. Patut ke rasa guilty sebab suke orang kata kita menawan?

Wednesday, August 6, 2008

Menghayati SENI


Wajah ini, adalah seni ciptaan tuhan. Betulkan? So seni itu patut dihargaikan? Betulkan? Ok dah, jangan fikir yang bukan-bukan. Semalam memang cool. Sebab aku boleh buat kerja aku satu, satu tanpa sebarang tekanan. Relax habis. Mungkin terapi yang aku lalui sepanjang hari Isnin lepas berkesan. Mungkin?

Selain daripada menikmati lautan membiru, dan gunung ganang menghijau yang mendamaikan, menatap dan menghayati wajah ini pun bisa buat aku cool. Boleh buat aku senyum damai. Boleh buat aku rasa tak nak marah sapa2, tak nak sedih2, tak nak tensen2.


Pasal dia nilah aku curang hari tu. Sampai kanda pun tak boleh buat apa-apa. Aku cakap, aku menghayati dan menghargai seni ciptaan tuhan. Sungguh menenang dan mendamaikan jiwa. Tambah-tambah lagi bila melihat lirikan mata dan senyum machonya. Hahaha....hancus......


Chinta : memang best nangis, ketawa dan relax layan CD tengah malam, tak tido pun tak pe. Puas nangis hati rasa lega.....

Tuesday, August 5, 2008

CURANG

Aku lupa pada janji. Janjiku terhadap diri sendiri. Apa yang aku patut buat dan tak patut buat. Aku curang pada diri sendiri. Jadi jangan salahkan sesiapa. Akulah yang salah.
Aku patut dah siapkan sebahagian assignment aku semalam. Tapi aku mungkir janji atas sebab-sebab yang boleh aku elakkan. Aku sibuk melayan korean drama (tupun tak abis lagi tengok sebab ada 19 keping CD). Dari pagi sampai malam! Release tensen. Layan TV....... Cuti sakan!
Jadi aku tak siap assignment aku.

Monday, August 4, 2008

CUTI

Hari ni aku cuti. Penat seminggu dua ni, jadi aku pun amiklah cuti. Dok diam2 kat rumah nak buat assignmentlah kononnya. Insyaallah. Dapat balik kampung 2 hari rasa tak puas. Betul. Balik kali ni aku tak fikir apa2, relax abis. Memang seronok balik kampung. Layan angin petang kat tepi bendang. Buat aku rasa nak mintak posting kat daerah aku je. Hehe.....Lama mana aku tahan dok kat kampung ntah. Oklah, akhirnya dapatla aku melepas rindu makan lauk pauk mak aku. Ulam-ulam kampung. Nyum nyum best...aku makan lebih sukatan hehehe...
Oh ya, pada kawan2 blogger, maaf beribu maaf saya pohon sebab lately ni tak sempat nak blogwalk dan tinggalkan komen panjang2. Terima kasih jengah rumah saya ye.

Friday, August 1, 2008

My CI and Cerita Kanda II

Yesterday, I got credit because of her. I'm very lucky. Even though she's a little bit slow but she's a very hardworking person, and knowledgable too. At her level lah. So during the meeting yesterday (finished at 7.45 pm) I'm the only one who has completed the top five profiles (apa kebenda profilenye tak yah citelah). She did it! And I got the credit. Thanks Kak Ani. People always said that, by having a perfectionist boss can make us perfect. But actually kalau ada perfect staff, it also can make us perfect!
Recently ramai yang kena posting because restructuring of our organization. Promotion, mintak tukar sebab tak sker kat boss dan macam2la. Kawan aku najib sekarang tinggal keseorangan, because his CI dah kena posting hari ni. Cian dia. And there's another new officer yang datang je, CI dah cabut lari dapat posting tempat lain. Terngadah-ngadah tak tau mende. Lagilah kesian. Tambah2 sebab aku tengok depe ni muda betul, fresh graduate. Umur 24 tahun dah jadi AD. Aku dulu masa umur gitu masih seorang kerani bodoh!
Oklah, tak abis cite pasal keje kan? Macam tak de mende lain nak cite. Yela, akukan dah janji life must goes on. Kalau boleh tanak cite pasal hal2 yang emo ni. Hehe......
CERITA KANDA II
Kanda aku lately ni macam tensen. Asyik naik temper. Yela, hal anak2. Aku pun tak berani nak campur. Cuma kesian. Sebab at his level sepatutnya dia dah boleh lepaskan segala beban tu. Tak payah nak fikir hal remeh temeh. Anak-anak dan besar patutnya hal2 kecik solve sendirilah. Bukanlah nak bandingkan, tapi macam mak dan ayah aku, sekarang ni tengah kutip hasil. Anak-anak dah berjaya, dah kerja, dah berdikari sepenuhnya so boleh kutip hasillah! Kan? But Kanda masih lagi kena fikir hal2 kerja dorang, rumahtangga dorang, belanja dorang cukup ke tak. Ada jugak aku macam bagi pendapatlah. Tapi dia kata jangan samakan dia dan family aku. We are totally different. Aku membesar macam mana? Anak2 dia membesar macam mana? Simple thing that make me think! Betul jugak. So, korang pun sama jugakkan....kita semua membesar dalam suasana yang berbeza and mempunyai pengalaman dan cara berfikir yang berbeza. Cuma, fikir sendirilah, sampai bila kita nak susahkan mak ayah kita. Right? Anyway, aku sangat hargai kanda kerana sikap penyayang dan ambil berat berlebihannya terhadap anak2. Yang aku pasti sangat-sangat menguntungkan dorang. Dan aku jugak!!! Hehe. Sebabnya akukan Kak Long, mana pernah ada orang manjakan dan jaga aku berlebihan. Inilah masanya tuhan bayar balik, aku terima dengan penuh kesyukuran. Aku berdoa semoga kanda tabah dan sabar, sebab bila dia terlalu nak jaga sangat anak2 bikin dia stress, naik temper dan mula la sakit2 badanlah, sakit dadalah. Aku tak nak dia sakit sebab hal-hal yang dia patutnya dah tak payah ambik pot dah. Itu saja. Bukan aku jeles ke apa. Tidak. Sikit pun tak. Cuma aku risaukan laki aku sebab aku nak dia sihat dan gembira. Aku nak dia hidup lama! Aku rasa semua orang pun fikir macam tukan?
So lately ni jugak, berapa kalilah aku kena tengking sebab yang ntah apa2. Pastu dia akan mintak maaf. Dia kata bukan salah aku tapi lately ni memang temper dia naik sikit. Dia kata takde sebab dia nak marah aku. Cuma yalah...adik takkan tak faham abang????? Yela2 aku terlebih faham. Dah tak heran malah tak pelik pun. Cuma bayangkanlah. Kat opis aku dah hari2 dengar suara kuat. Balik rumah pun sama jugak. Alahai......ia semacam asam garam hidup akulah sekarang nih...Hm...banyak sungguh makan garam, hehe..........
TENTANG MIMPI
Weird. I was on the stage, singing! Like a diva gitu. Ada live band kat belakang. I look soooo beautiful and daring. Aku menyanyi meliuk -lintuk ala2 Marilyn Monroe (Betui ke aku eja ni?). Aku pakai baju kebaya nyonya warna hijau...bersanggul siput ala2 Siput Sarawak. Mula2 aku tak kenal pun sapa penyanyi tu. teneng punya teneng, la...kan ke tu aku. Ish...cantiknya aku......tak caya tak caya. Last2 aku cayalah. Memang akulah!. Hahaha. Mimpi ntah apa-apa tah. Sape pandai tafsir mimpi?